Friday, 29 July 2011

Spaghetti Bersos Cendawan

Aku jumpa resepi ni dekat belog ni, so aku tengok macam best je kan. Aku dah try buat tapi aku add on macam macam dan tak ikut bulat bulat resepi asal macam kalau acik tu pakai sos spaghetti dalam botol kimball aku pakai prego dalam tin. Kalau dia bubuh ayam/udang aku bubuh daging cincang. Kalau dia tabur daun sup, daun bawang, cili aku tak tabur pun. Pastu aku tak buh pun bahan perasa dan kiub ayam tuh tapi aku buh la sausage. Tapi kalau korung nak sedap lagi buh cendawan yang dalam tin tuh lepas tu tabur serbuk cheese. Oh ya, aku punya spagetti hari tu tak berapa nak manis sebabnya pakai daging cincang Ramlee, so aku suggest kalau nak manis guna daging/ayam fresh dan ikut suka nak cincang atau potong dadu. Memandangkan aku tak snap pun gambar spaghetti aku hari tu so aku pun cilok je la gambar tuan punya resepi ni. Dan lagi satu masa masukkan air tu jangan banyak sangat nanti kuah cair, better biar kuah nya likat baru best.



Bahan-bahannya:

Spaghetti jenama San Remo 1 paket (500gm)-rebus bersama 1 ½ suduteh garam dan minyak 3 sudubesar

Daging/Ayam cincang

Sausage cheese Ayamas 1 paket (potong serong)

Beberapa cendawan buntang (potong dua) – ikut la nak bubuh ke tak

Bawang putih 7 ulas (cincang)

Bawang besar 2 biji (hiris kecil)

Cili kisar 2-3 sudubesar ikut suka

Cili benggala 2 ( ptg dadu)/karot/batang saderi (potong dadu)

Tomato 3 (ptg dadu)

Sos spaghetti prego berperisa cendawan 2 tin

Sos tomato 5 sudubesar (ikut suka masam yg kita kehendaki)

Gula/Garam (seimbangkan dengan masam tomato)

Air ikut suka banyak mana kuah yang kita nak


Cara-caranya:

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi, masukkan cili kisar dan tunggu sehingga cili naik minyak. Kemudian masuk sos spaghetti, tomato sos dan sedikit air.

Masukkan ayam/daging cincang gaul sehingga rata dan biar sehingga ayam/daging masak.

Bila ayam/daging dah agak lembut masukkan sausage, cendawan dan semua sayuran, dan tomato.

Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalam sos dan gaul rata dan biarkan sos menggelegak.

Spaghetti boleh digaulkan terus bersama sosnya atau bila hendak dihidangkan.Tabur bawang goreng atau serbuk cheese.




Mudah je kan?
Selamat mencuba, mammamia...!

2 comments:

damha [Reply]

cedapnyeer...nk rasa cikit leh x...he3333..
slm ramadhan almubarak ye nas...

Khadijah Nas [Reply]

salam ramadhan