Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat Menunaikan Ibadah Wajib dan Memperbanyakkan Ibadah Sunat
Semoga Ibadah Ini Diterima Oleh Allah swt
Semoga Allah Merahmati Perjalanan Hidup Kita Semua
Kita tak tau bila akhirnya perjalanan kita di dunia ni, mungkin kah ini Ramadhan kita yang terakhir kan?
Ibadah puasa mendidik kita menahan segala lapar dan dahaga, menyelami kehidupan susah fakir miskin yang perlu mengikat perut kerana kesusahan hidup tapi bila time bukak puasa kalah orang kaya makan kalau dekat Malaysia ni la sehinggakan di akhiri dengan amalan syaitan iaitu pembaziran. Nauzubillah sama sama kita hindari dari itu semua, makan apa yang ada, jangan ikutkan sangat nafsu, walaupun syaitan dah diikat tapi nafsu plak akan bermaharajalela so jauh jauh kan diri dengan pasar ramadhan, haha eh tapi betul la, kalau dah sekali pergi pasar ramadhan tu hari hari nak pergi sebab teringatkan "Eh kuih kat gerai hujung semalam macam sedap la" tak pun "Hari ni nak pergi pasar ramadhan awal sikit lah sebabnya semalam ramai sangat orang beratur kat gerai tu".
Kan kan kan? Betul tak apa aku kata, so jauh jauh kan diri anda dengan pasar ramadhan kalau yang jenis bukan beli tapi memborong semua lastly tak habis makan pun terutama di hari pertama berpuasa ni. Elak kan makan sehingga kekenyangan kembong perut nak bangun pun tak larat. Masa masuk je waktu berbuka jangan terus serbu minum air sampai habis satu jug, dahulu kan dengan manisan dulu tak pun lebih afdhal dengan buah kurma. Lepas tu pi solat magrib dulu baru turun makan. Minum air last skali baru la boleh rasa semua makanan yang ada. Ni pi minum semua jenis air lepas tu kenyang air nak sumbat makanan pun dah tak larat rugi la kan. Haha.
Selamat Menanti Waktu Berbuka Puasa dan Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih ya.
6 comments:
selamat berpuasa yer mek..hehe
selamat berpuasa
slm ramadhan n slmt berpuasa juga utk nas..banyakan amal ibadat n bersedekah...
selamat berpuasa nas :) penuh kalau boleh, kalau lah haha
to damha: salam ramadhan dan selamat berpuasa
to naz: haha, gila perli.. selamat berpuasa!
Post a Comment