Juruukur sinonim dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). JUPEM adalah jabatan kerajaan yang menguruskan hal hal pengukuran dan pemetaan di kawasan darat di seluruh semenanjung Malaysia. Sarawak dengan Sabah kalau tak silap aku sistem lain.
Kalau student Diploma Sains Ukur dan Geomatik, masa cuti semester 3 iaitu di tahun kedua diploma, student termasuk aku sendiri berpeluang merasa praktikal selama sebulan dekat JUPEM. Boleh mintak JUPEM negeri mana yang korung nak. Selalunya ramai yang mintak dekat dekat dengan rumah family. Aku dulu praktikal dekat JUPEM Ipoh, Perak. Masa aku apply praktikal dekat JUPEM Perak family aku still duduk dekat Seri Manjung. Then bila result dah keluar tup tup family aku pindah rumah ke Alor Setar so bila aku jumpa Ketua Jabatan mintak tukar ke Kulim dia kata dah tak boleh. So redha je la namanya. Kebetulan makcik aku ada duduk dekat sana so tumpang la tinggal dekat rumah dia sebulan dekat Taman Silibin.
After 2 minggu praktikal ayah aku kena balik kerja dekat Perak pulak so tumpang la duduk rumah makcik aku sementara nak cari rumah sewa, time tu pulak musim cuti sekolah so diorang nak pergi berjalan so aku tinggal berdua la dengan ayah aku dekat rumah tu lagi best pergi balik kerja ayah aku hantar. Sebelum tu pakcik aku hantar la jugak tapi segan jugak hari hari orang hantarkan tapi balik naik bas buruk.
Praktikal dekat JUPEM Perak ada punch card, sepanjang sebulan praktikal, punch card aku ada 2 merah and aku pernah mintak balik awal dekat pegawai sebab tak sihat malam tu ayah aku bawak pergi makan kedai mamak esok nya cirit birit ada la nak dekat 3-4 hari.
Masa praktikal of course aku tak ada kenderaan sama la sekarang pun so bila time lunch hour dekat bangunan JUPEM Ipoh tak ada canteen, nak makan kena pergi bangunan sebelah tak pun kedai kedai dekat area area situ. Banyak kedai jugak aku try sebabnya dapat geng yang jenis hari hari nak makan kat kedai lain lain so memang berjalan sakan la kalau time lunch hour.
Bertentangan pejabat JUPEM, Majlis Pembandaran belakang tu Ipoh Parade. So kalau hari Jumaat aku dengan geng makan tadi round la Parade memandangkan kalau hari Jumaat masa lunch hour lebih panjang.
Tak silap aku dua kali dalam sebulan petang Jumaat dekat JUPEM tu diorang panggil ustaz baca kitab arab diorang buat dekat bilik mesyuarat. Tak ada paksaan sapa yang nak pergi tapi ramai jugak yang hadir. First time aku pergi macam terpelik la jugak and puji la sikit dalam hati dekat office pun boleh panggil ustaz baca kitab.
Balik selalunya aku naik bas tunggu bas depan Greentown Mall, masa mula mula jenuh aku tanya orang macam mana nak naik bas ke Taman Silibin, banyak bas ke Taman Meru tapi mana la aku tau kalau nak pergi Taman Meru lalu Taman Silibun dulu, lastly sampai rumah nak dekat pukul 8 malam tunggu dari pukul 5 petang.
Of course la kalau praktikal surveying mesti kena turun outdoor site, so aku pergi site dengan member praktikal sekali kebetulan dia duduk Taman Meru so sangat la one way ke JUPEM so aku tumpang dia ambik dan hantar aku setiap pagi depan taman.
Masa praktikal dengan JUPEM ni la first time aku tengok kerja ukur yang sebenar. Kawasan hutan semak samun yang baru nak diteroka untuk dijadikan taman perumahan. So batu batu sempadan akan ditanam untuk divide lot lot tanah bagi setiap rumah teres.
Masa praktikal ni la aku tengok sun observation di buat before start buat kerja and through toughbook. Dan semua kerja kerja observation di record secara bluetooth dari Total Station ke toughbook.
Masa praktikal tu jugak aku tengok kerja kerja cari gali batu sempadan dan tanam semula batu sempadan. Kalau mandor kerja nya tebas lalang, locate dekat mana nak tanda station and diri alat prism and korek cari kedudukan batu sempatan yang dah tertimbus dalam tanah dan tanam yang baru. Ada dua orang yang jaga prism dan tukang observe. Surveyor duduk bawak payung besar usung kerusi usung toughbook, masa observation work dia duduk bawah payung atas kerusi sambil isap rokok and pegang toughbook. Memang bos besar surveyor nih.
Bila tengok dan berpeluang bersama sama golongan profesional and berpengalaman buat kerja, “Wahhh..!” jauh sekali dengan cara sudent buat kerja. Sangat cekap, laju, senyap, hormat ketua, teliti and yang kagum nya boleh mandur tu boleh agak jarak dengan langkah kaki then cangkul terus jumpa batu sempadan yang tertimbus dalam tanah.
Prinsip kerja outdoor sampai tengah hari je then balik. Kalau student seharian la duduk dekat site kalau boleh nak siap kan hari tu jugak, dari matahari terbit sampai matahari terbenam dekat site.
Boleh dikatakan setiap unit atau bahagian dekat JUPEM tu aku merasa masuk dan tengok proses proses kerja yang di lakukan. Dari unit pendaftaran sempai la ke unit unit yang lain. Of couse la dekat tingkat bawah JUPEM ada kaunter pembelian contoh nak beli Pelan Akui, nombor BM, Peta and etc.
Setiap JUPEM jugak ada bilik kebal. Bilik kebal ni menyimpan map dulu dulu, masa praktikal ni baru aku tau orang dulu dulu lukis peta lukis pelan pakai tangan. Lukis tak ada masalah, tapi nak label tu, gila cantik tulisan, seragam ja macam tulisan komputer padahal tulis tangan tuh. Rupanya zaman dulu sebelum jadi surveyor berbulan kena belajar tulis abjad dengan nombor sampai tulisan jadi cantik seragam and bos puas hati. Kalau nak tulis kena pasti betul betul pasti bukan main tulis ja.
Masa praktikal ni jugak baru aku tahu sebesar besar company LS (licence surveyor) means syarikat swasta yang di miliki juruukur berdaftar, semua work nya lastly akan kena dihantar ke JUPEM dan ada satu unit yang akan memantau dan check kualiti kerja kerja LS nih, and bila dah berpuas hati dan ketua unit pun sahkan akan di bawa ke pihak atasan untuk diapprove.
Dekat sini la aku faham betapa pentingnya LS perlu memiliki kabel yang kuat dan hubungan yang baik dengan orang dalam JUPEM. Wakil LS akan sentiasa ulang alik pejabat JUPEM untuk mintak kelulusan, beli pelan, beli peta, dapat kontrak macam macam lagi la. Aku tengok JUPEM ni memang nadi kepada setiap company LS. Orang JUPEM pun ada jugak yang ambil freelance job nak tambah duit poket dengan LS. Itu semua networking yang sangat bagus.
Untung dan satu kelebiham bagi Diploma Geomatik silibus baru sekarang sebabnya diorang semua berpeluang buat praktikal dekat company LS masa part six, means dalam 4 bulan kalau tak silap aku. Aku dulu tak pernah praktikal dekat company LS. So nasihat aku manfaatkan pengalaman di tempat praktikal anda secukupnya.
Sekian
11 comments:
dlm masa latihan praktikallah kita mesti menimba pengalaman sebanyak yg mungkin utk kemudahan dimasa hadapan...semuanya mesti dipelajari n difahami n dipraktikan...
wah best! pengalaman yang menarik
hehehe..masa praktikal ni la kiter belajar tentang pekerjaan
o damha: betul tu walaupun saya dulu main main tapi bila teringat balik sebetulnya perlu kutip betul betul knowledge dan belajar selok belok alam pekerjaan
To anden: terima kasih
To apik: betul tu pik! (^__^)
So xboleh nak minta kat sabah ke ?
@this is me ,, sHazleen ~ :) ada je yang praktikal dekat sabah :)
oh.. pernah jupem perak ye..🤗
Sy strt krja jupem lps hbs dip tahun 2012..dh jd bos ape puan khadijah ni skrg =)
saya sekarang dah jadi mem besar dekat rumah selepas beranak pinak 😂
Post a Comment