Dah lama sebenarnya aku perasan buku ni ada dekat atas meja study dalam bilik tapi tak ada hati nak baca atau belek. Ntah macam mana ada satu hari tu akhirnya aku amik dan baca jugak. Buku ni mak aku beli masa pesta buku peringkat negeri Selangor baru baru ni eh tak la baru dah berbulan lepas jugak la.
Lepas dah habis baca aku rasa buku ni satu buku yang hebat. Tak tebal mana pun, siap dengan ada gambar tapak tapak prasejarah lagi. Bagi aku semua umat islam patut baca buku ni. Aku sebenarnya memang dah perasan lama dah buku ni tapi mungkin tak ada hidayah lagi nak baca tapi bila dah baca memang best.
Mungkin pendapat aku ni berbeza dengan mereka yang memang belajar dalam bidang sejarah Islam atau memang study dalam Quran dan Sunnah memang aku jauh kecetekan ilmu la dari diorang. Aku mengaku memang aku cetek ilmu bab bab sejarah Islam ni.
Kenapa aku kata buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN karya AFAREEZ ABD RAZAK ni hebat sebab nya, penulis buku ni menjelaskan dengan terperinci tapi simple untuk membuktikan dan bentangkan hujah hujah kenapa dia kata Iskandar tu bukan Zulqarnain.
Penulis membuat kan aku baru tahu kiraan kelender sebelum masihi dan selepas masihi. Sebelum ni aku faham BC tu ‘Before Century’ rupanya ‘Before Christ’ (sebelum kedatangan Nabi Isa).
Menurut penulis, di muka bumi ni ada 4 raja yang hebat dan menakluk serta memiliki kawasan jajahan yang besar masa pemerintahannya. 2 daripadanya Raja yang beriman dan 2 lagi Raja yang tak beriman dan zalim iaitu Raja Namrud, Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Raja Zulqarnain.
Penulis singkap balik sejarah mula mula kewujudan manusia iaitu dari Nabi Adam kemudian anak cucu cicit Nabi Adam sehinggalah Nabi Nuh dan seterusnya kehidupan dan kelahiran nabi-nabi dan rasul-rasul yang hidup di zaman zaman pemerintahan raja-raja tu.
Walaupun kisah kisah nabi nabi dan rasul rasul ni di sentuh dengan penuh ringkas dan simple tapi bagi aku itu pun dah boleh menambahkan pengetahuan yang sebelum ni aku pernah dengar tapi dah lupa dan ada juga yang langsung aku tak tahu. Dan juga sejarah pemerintahan empayar sebelum masihi di cerita dengan penuh simple dan sebelum ni aku tak pernah nak ambik tahu sebab tu aku tak tahu tapi sekarang aku dah tahu so sangat interesting bagi aku.
Buku ni aku rasa kalau dipaksa baca memang tak akan dapat knowledge tu tak pun mungkin sekadar baca tapi tak menusuk kalbu pun tapi bila memang hang tergerak hati nak baca and ada sifat ingin tahu and timbul rasa seronok masa baca tu baru ilmu tu sampai dalam hati hang.
Itu je lah aku nak share. Seriously aku rasa semua orang patut baca buku ni. Tapi macam aku cakap tadi baca bukan sebab kena paksa tapi lebih kepada perasaan ingin tahu yang menebal.
No comments:
Post a Comment