Tuesday, 27 September 2011

Pekerja yang diimpikan oleh majikan

Apabila dapat assignment yang kena pergi temuduga majikan hah bukan temuduga untuk mintak kerja tapi temuduga majikan untuk mendapatkan information tentang apa yang dia mahukan dari seseorang yang mengahadiri temuduga untuk mengisi jawatan kosong syarikat. Bagi pendapat aku task macam ni memang sangat bagus. Lepas dah bersusah payah buat appointment dengan para majikan ni baru lah terbuka minda aku apa yang diorang mahu dan apa yang seorang fresh graduate atau pun seorang yang nak mintak kerja perlu ada dalam diri dia, apa yang perlu dia sediakan dari segi mental atau pun fizikalnya.

Sekarang ni banyak kita dengar situasi susah cari kerja, kalau ada diploma mohon kerja pakai SPM kalau ada ijazah mohon kerja pakai diploma, kalau master orang takut nak hire sebab tinggi sangat belajar nya takut kerja tak lama dekat syarikat, last last dia sambung buat phD lagi tak pun mintak jadi pensyarah. Hakikat nya kita masih belum lagi memenuhi kriteria kriteria yang dikehendakki oleh seorang majikan.

Hasil dari perbualan aku dengan para majikan ni sebenarnya kelayakan sesuatu jawatan yang di pohon itu bergantung kepada apa jawatan tersebut. Yang paling penting ialah dia akan tengok penampilan diri, level of confident, attitude, kecerdikan menjawab soalan, keaktifan dalam kokurikulum, good in communication, able to speak english dan boleh menulis juga, dan kalau untuk company services dia mahukan kebolehan dalam kemahiran contoh kalau syarikat jurukur mahukan kebolehan dalam menggunakan software paling utama AutoCAD dan software yang lain tu lagi yang banyak reti guna lagi bagus. Kalau lelaki mestilah boleh buat kerja kerja di luar dengan kata lain outdoor work means turun survey dekat site la.



Ok penerangan,

Penampilan diri penting sebagai imej dan pandangan pertama sesorang terhadap kita. Bila menghadiri temuduga perlu berpakaian kemas, iron pakaian, matching color, pakai kasut, pakai pakaian yang formal, pilih warna baju yang nampak koprat iaitu pilih warna yang lembut yang sejuk mata memandang tapi kena lah sesuai dengan kulit, saiz dan tinggi badan. Yang lelaki pulak perlulah bercukur dengan rapi, smart, iron baju, pakai tie dengan kemas. So makna nya buat la homework tak pun google apa baju yang sesuai dipakai semasa menghadiri sesi temuduga.

Level of confident ni memang sangat penting tapi jangan berpura pura sebab orang yang berpengalaman ni selalunya boleh baca kepura puraan yang dibuat. Self-confident ni menunjukkan keyakinan diri kita, memang ini lah matlamat utama yang dicari oleh majikan, apabila seseorang ada keyakinan diri yang tinggi, dia boleh membuat keputusan yang tegas, ada pendirian diri. Tapi betul la kan takkan la syarikat yang besar akan hire pekerja yang macam lalang, kejap cakap macam ni kejap lagi cakap macam lain pulak kan lepas tu keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang orang lain cakap, orang ni cakap macam ni dia pun ikut je. So ini lah logik nya mengapa pentingnya self-confident.

Good in communication ni memang tak semua orang ada. Memang bila dengar je communication n dah terketar ketar lebih lagi kalau kena cakap secara sepontan nya dihadapan orang tak pun orang ramai atau sesuatu majilis. OK naikkan sikit kalau bahasa melayu ok lagi boleh terfikir nak susun ayat tapi nah bila sampai kena cakap dalam english mahu nya berpeluh peluh menggigil susah hati kerungsingan mula la duduk tak kena berdiri tak kena semua. Bagi majikan, kebolehan bercakap terutamanya in english adalah penting if dihantar bertemu client yang menggunakan english as communication tak pun dihantar kursus or outstation di negara luar. Selain itu kebolehan bercakap ini juga untuk memberi keyakinan kepada orang lain, menguruskan program program yang dianjurkan syarikat dan silap haribulan kena jadi pengerusi majilis so itu lah antara kepentingannya. Antara contoh ujian ketika temuduga ialah:

"Anggaplah kamu ialah pengerusi majlis untuk satu majlis yang dianjurkan syarikat, ok sila mulakan majlis sekarang."

 Gila tak ???

Kecerdikan akan dinilai ketika sesi soal jawab dalam temuduga tersebut iaitu the way kita jawab soalan yang dilontar kan penemuduga samaada kita main terburu buru jawab atau pun kita akan berfikir dulu sebelum menjawab dan tatabahasa yang digunakan semasa menjawab soalan. Perlu jawab dengan confident dan bercakap lancar yang penting jangan menipu. Ketika soal jawab ini lah bakal majikan akan menguji knowlegde iaitu pengetahuan am, pengetahuan semasa, latar belakang syarikat untuk menguji tahap pengetahuan dan alert seseorang itu terhadap sekelilingnya. Itu lah pentingnya persediaan rapi dalam diri seseorang itu sama ada dari segi fizikal dan mental, buat homework dan baca surat khabar hari hari. Soalan yang ditanya juga boleh jadi dalam bentuk describe, explain, your opinion, elaborate, list contoh senaraikan rukun negara mengikut turutan, hambik kalau tak ingat kan ke tak boleh jawab.

Aktif dalam kokurikulum ni baru lah aku tahu apa kepentingannya sebab memang aku tak berapa nak aktif sangat. Rupanya involvement in kokurikulum ni penting untuk memupuk diri bergaul dengan masyarakat. Kemudian mendidik diri berkomunikasi, kebolehan bertemu dan meeting dengan orang orang besar, selain itu juga memupuk pengalaman menguruskan sesuatu event dan macam macam lagi yang dalam masa yang sama membentuk the way kita bring up.

Majikan juga mahukan pekerja yang bijak membahagikan antara kerjaya dan personal problem, bukan nya mintak kerja sebab pakwe or makwe duduk dekat area area tu jugak tak pun dapat tawaran kerja tapi cancel sebab mak ayah tapi bagi dan kena kerja area dekat dengan rumah je. Atau pun tak dak transport nak pergi kerja ka atau tak dak tempat makan atau macam macam alasan yang kita anggap masalah yang rumit dan leceh. So make sure settle dulu itu semua baru lah pergi mintak kerja. Then muhasabah diri dulu betul ke aku dah bersedia untuk mengharungi alam pekerjaan atau masih selesa berkeadaan manja dan bersenang lesang semasa student dulu.

3 comments:

damha [Reply]

satu panduan yg amat berguna utk mereka yg sdg mencari kerja...

khadijah nas [Reply]

(^__^)

damha [Reply]

saya dah add nas dlm fb tau..he3333