Monday, 19 September 2011

Mata Panda

Lepas baca entri Irine Nadia tentang linkaran hitam bawah mata, memang tak dinafikan ia adalah perkara yang dalam kategori yang merungsingkan selepas masalah jerawat dan masalah bintik hitam di muka. Linkaran hitam bawah mata ni selalunya ada pada seseorang yang fully pakai cermin mata. Kalau dia tak pakai cermin mata memang nampak mata macam lepas kena tumbuk la. Yang selalu tidur lewat dan tak cukup tidur pun ya macam la aku.


Tak pasti kesahihannya pulak tentang banyak makan makanan berempah boleh menapakkan gegelang hitam bawah mata tapi kalau itu betul perlul la aku start kurangkan makan masakan berempah walaupun rempah kan dah menjadi rencah tradisi dalam masakan melayu ni kan. Kata orang ada rasa rempah dalam makanan baru la umppph!


Tapi memang diakui lingkaran bawah mata aku sangat teruk kadang tu nampak macam baru bangun tidur, sampai bila nak bela mata panda ni kan? Memang dah tahu solution nya tapi tak rajin nak follow sebab semua nya perlukan disiplin yang tinggi dan rasa macam tak mampu walaupun mudah je pon.

Tidur awal?
Oh tidak, ini lah life orang muda. Tidur lewat, surfing, blogging, reading, merapuing.
Ok kena reduce sikit demi sikit dari sekarang ya!

Guna timun dan tea beg?
Adeh kadang kadang boleh la tapi selalunya tak rajin langsung.
Ok kena jadi rajin!

Eye roll?
Betul ka berkesan?
Baik kena try dulu baru tau kan.

Minum air "masak" dengan kerap?
Ish dah la tawar, tak ada rasa apa, pastu asyik nak buang air je kerjanya.
Owh baiklah, kena cuba jugak!

Tapi setuju dengan minum air dengan kuantiti yang banyak, aduh aku memang tak boleh nak follow sangat bab yang ni. Aku tahu memang bagus minum air 8 gelas sehari ni tapi kalau dah setiap selang 10 minit kena ulang alik masuk toilet sebab nak terkucir payah jugak la kan. Aku dah pernah try dah, sumpah memang tak larat. Mungkin kalau dah biasakan diri tak pe kot, kang nanti berat badan naik pulak sebab penuh dengan air.

Apa pun thanx Irine and bloggers yang suka share apa sahaja tips yang menarik.

No comments: