Thursday, 8 September 2011

Pelanggan yang merugikan



Aku tak tau kalau ada orang nak percaya ke tak tapi buat apa aku saja saja nak buat cerita kan. Pertengahan bulan 5 lepas aku  tambah nilai a.k.a topup RM10 ke nombor prabayar yang aku guna sampai sekarang dok ada lagi berbaki 50 sen itu pun sebab hantar message raya. Tudia lamanya tak topup, ada nak dekat 4 bulan. Nak kata ada penyumbang topup tak ada pulak. Nak kata tak message orang aku message je. Nak kata aku tak telefon orang ish aku call je akak aku kalau cari dia tak jumpa masa pergi Mydin. Mungkin disebabkan penggunaan yang kurang, selebihnya telefon tak ada bettery sebab malas nak pi charge. Ampun ya Celcom, ramai lagi yang rajin topup. Spesis pelanggan macam aku ni bukan banyak pun tah tah aku sorang je kot. Compare tokwan aku kat kampung, nilai baki kreadit dia ada nak dekat RM60 tak guna tapi bila habis tarikh tamat ja tambah nilai. Adeh kenapa la tak teringat nak transfer kreadit hari tu...

2 comments:

damha [Reply]

namun tetap menjadi pelanggan yg setia kan....

Khadijah Nas [Reply]

damha: yeap betul tuh.. :)