Tuesday, 1 November 2011

Pitam

Pengalaman pitam dan jatuh tak sedar diri tiba di public memang memalukan. Semua orang akan tengok dan tanya;

“Eh kenapa tu kenapa?”

Then semua orang akan tengok, tak ke malu menjadi perhatian orang. Korung pernah tak rasa macam tu?

Bila baca artikel Dr Zubaidi, ada beza pitam dengan pengsan ni. Pitam ni still sedar tapi pandangan jadi blank seketika dan badan menjadi lembik tak larat kalau pengsan pulak terus tak sedarkan diri langsung. Menurut Dr Zubaidi pitam ni fenomena yang biasa jadi di kalangan remaja dan wanita muda (aku la tu). Tapi katanya pitam ni bukan la membahayakan, alhamdulillah. 

Pitam dalam istilah perubatan di panggil Syncope. Biasanya sekejap, tiba tiba tak sedarkan diri (loss of consciousness  disebabkan peredaran darah dan bekalan oksigen yang tak cukup di otak.

Sebab sebab pitam antaranya mungkin keadaan sekeliing iaitu keadaan tempat yang terlalu padat, melakukan senaman fizikal yang berat, terlalu lapar, terlalu haus, atau berdiri terlalu lama di tengah panas, pun jugak kalau bangun atau duduk terlalu cepat.

Nak elak pitam macam ni, bila dah rasa tak berapa selesa duduk kejap untuk menstabilkan balik rasa tak sedap badan tu. Minum air secukupnya untuk elakkan dehidrasi akibat peluh atau cuaca yang panas.Elakkan juga  suasana yang terlalu panas, padat dan merimaskan.Jika berdiri atau duduk terlalu lama, sesekali buat la exercise sretching atau regangan otot badan untuk membantu peredaran darah yang sempurna ke otak dan jantung.



Doktor Zubaidi kata kalau pitam pertama kali dan tau puncanya mungkin disebabkan berada di kawasan sesak, panas atau kurang gula dalam badan so selalunya tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Kena la makan on time, banyakkan minum air, duduk dulu bila terasa terlalu penat, jangan biarkan perut terlalu lapar dan spare coklat dalam beg sebagai lapik perut sementara beratur membeli makanan.



"May Allah Bless You Always"


No comments: