Zaman sekarang ni susah nak beli makanan yang benar benar berpuas hati. Bila cakap macam tu people akan balas " Masak la!", tapi kalau as student duduk kolej mana nya ada tempat nak masak, so terpaksa la redha beli makanan dekat kedai makan, bazar, pasar malam tak pun cafe yang berhampiran yang 5 minit perjalanan dah sampai. Sedap tak sedap belakang kira, janji perut terisi. Kang tak makan 'PITAM' pulak.
Tapi kalau dah selalu makan makanan tak sedap pun muak jugak, dah tak boleh nak terima tekak ni pun. People mesti akan cakap " Tak bersyukur betul, cuba tengok negara susah tu nak makan pun susah". Yes it's true.
Tapi kalau masih ada lagi pilihan lain, kenapa perlu sumbat dalam mulut makanan yang tak sedap jugak? Then people akan cakap "Dah tahu makanan kat situ tak sedap buat apa beli jugak?"
Ok enough TAPI!
Tapi kan bila dah tahu hakikat sebenar makanan ni susah jugak nak makan sebab dah jadi questionable je. Contoh, aku teringin nak makan mee kari so beli la dekat gerai melayu ni, bila tengah makan baru teringat,
"Eh ni dia guna mee melayu ke mee cina eah?"
"Eh ada tauhu, cina punya ke melayu ye?"
Setahu aku, kalau tauhu ni, susah nak jumpa yang melayu punya. Mee melayu pun sama, lebih lagi kalau untuk meniaga. Dah tu macam mana nak makan kan? Dah beli membazir buang, nak makan mana boleh kalau dah ragu ragu, nak bagi orang, tak baik macam tu.
So lastly ignore je, tak payah nak fikir sangat, bila melayu yang jual, assume semuanya halal dan kalau tak dia la yang tanggung dosa.
Tapi kena ingat tak semua penjual yang menitik beratkan soal kebersihan dan sumber yang betul betul halal. Kalau dah nak meniaga, mee melayu susah nak dapat, nak tak nak kena la beli mee cina kan. Lebih lagi mee cina ni lebih murah. Halal ni bukan takat sembelih ke tak sembelih, tapi menyeluruh. Dari bahan asas sehingga lah bahan perisa.
Kalau check jenama rempah kari yang digunakan, ada kelulusan JAKIM ke? Minyak masak yang dia guna untuk menumis, ada kelulusan JAKIM ke? Itu belum lagi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan macam bahan perisa tambahan, cili giling yang di guna ada bahan pengawet ke, kalau nak di fikir kan secara detail nya, macam macam sampaikan people pun naik menyampah semua benda was was so tak payah makan makanan beli di luar langsung, habis, senang cerita. Dah tu nak makan apa? Maggi?? Lagi la...
Kalau check jenama rempah kari yang digunakan, ada kelulusan JAKIM ke? Minyak masak yang dia guna untuk menumis, ada kelulusan JAKIM ke? Itu belum lagi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan macam bahan perisa tambahan, cili giling yang di guna ada bahan pengawet ke, kalau nak di fikir kan secara detail nya, macam macam sampaikan people pun naik menyampah semua benda was was so tak payah makan makanan beli di luar langsung, habis, senang cerita. Dah tu nak makan apa? Maggi?? Lagi la...
Dalam aspek membeli makanan untuk di makan, bukan setakat sumber yang HALAL je kena dititik berat kan, tapi mestilah makanan yan tidak memberi mudarat kepada kesihatan.
Dari sumber SINI yang telah aku google, artikel itu menyatakan Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang penting tentang sumber makanan HALAL iaitu
- Sama ada makanan itu diharamkan Allah
- Sama ada makanan itu diperolehi secara halal atau haram
- Sama ada bahan itu boleh memudaratkan kesihatan
Sumber yang lebih detail tentang makanan HALAL di SINI
Bila aku baca blog INI, artikel dia tajuk "Kenapa Perlu Fussy Bila Pilih Tempat Makan", aku setuju dengan apa yang dia state kan;
Pilih lah kedai makan yang bersih
Pilih lah kedai yang pelayan dan tukang masaknya menutup aurat
Kebersihan diri, tangan, kuku pelayan dan tukang masak
Cara kedai makan itu menyimpan makanan- tertutup atau terdedah?
Penggunaan bahan makanan adakah dari sumber halal?
Waktu mengunjungi restoran bukan waktu solat contoh waktu magrib.
Seperti biasa aku memang suka share artikel yang aku jumpa artikel ni pun bagus, new knowledge jugak, tajuk dia Tukang Masak Bukan Islam.
Sebenarnya, semua persoalan keraguan tentang membeli makanan dekat luar ni lepas aku terbaca kisah di zaman Nabi Musa ni, seriuosly sebelum ni aku tak pernah dengar dan terfikir rasionalnya sehingga lah aku baca artikel di bawah.
******************
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
“Teh tarik satu, roti canai satu.”
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam
1 comment:
sedap seh!!!! :)
Post a Comment