Kadang aku cakap tak pandang keliling dulu, then main lepas je terus, contoh “Weh siapa punya gulai ni, tak sedap” padahal sebelah aku ada anak tukang buat gulai so apa dia rasa ada orang complain mak dia punya gulai tak sedap mestilah dia terasakan. Itu lah kata kata dari orang yang cakap tak pandang keliling. Padahal lepas tu aku jugak yang pergi ratah habis gulai tu sampai lupa atau buat buat nak cover balik tadi cakap tak sedap tapi makan sampai licin. Perasaan bersalah terlepas cakap menjalar diri sambil kutuk dalam hati “Bodoh nya aku!” tapi ego untuk tidak mengaku salah langsung tak ucapkan perkataan maaf. Aku tak suka dengan kata kata yang keluar dari mulut aku menyebabkan orang habis idea nak cakap dengan aku. Contoh;
Kakak A: Datang dari mana ni?
Aku: Shah Alam.
Kakak A: Jual produk ke?
Aku: Tak, wakil.
Kakak A: Oh, wakil. Minum tak produk ni?
Aku: Erkkk (sambil tergagap gagap), tak.
Kakak A: Kerja di mana?
Aku: Belajar lagi.
Kakak A: Oh..
Senyap
*Aku toleh sebelah, eh dah tak ada dah akak yang nak beramah mesra tadi.
Sampai bosan dia dah tak tau nak tanya apa dah, tanya sepatah jawab sepatah. Tapi bagi aku betui la apa yang aku jawab tu, dah dia tanya benda tu. Then aku tak rasa nak tanya dia apa apa.
Aku rasa aku patut hukum diri aku dengan sesuatu atas kelancangan mulut aku. Aku terlepas cakap apa? Tak nak cerita. Tapi aku gila menyesal, “Aduhhh kenapa la aku cakap macam tu!!” Sangat shit!
Aku tak sepatut cakap macam tu, sangat sangat sangat tak patut. Kena jaga patah berkataan yang digunakan, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita melambangkan akhlak kita. Orang yang berakhlak orang yang bercakap kata kata yang perlu sahaja, yang tidak akan mengecilkan hati orang lain dan kata kata yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Dont speak nonsense people. Kerana ianya sangat annoying.
Bila sampai kesedaran macam ni walaupun esok lusa aku mungkin akan repeat the same mistake, tapi di saat ini aku merasakan aku tak layak untuk berkata kata langsung. Sebab some kata kata aku sangat boring, sangat worse, sangat shit, look like berlagak, terkutuk, keji, sia-sia, menyakitkan hati.
Aku tak boleh nak tahan, bila otak aku kata you have done something wrong then aku akan look back and yes I was. Kerja banyak tapi aku boleh tulis blog, so ini salah. Kan? Kesedaran itu ada, antara nak teruskan buat buat tak bersalah atau stop dan berpatah balik. Aku terima semua komen people positively and never argue sebab aku tau people yang nampak how your act, bukan “Aku tau la aku buat salah ke tak, menyebuk ja”. Aku perasan what’s people reaction tapi samada aku ignore, sukati hang atau aku akan terfikir fikir “kenapa ye?”. Atau sebenarnya people tak fikir apa apa pun tapi aku yang suka assume mace mace sendiri.
Aku cepat tangkap apa yang people nak sampaikan, tapi samada aku memberi reaksi sebab tertarik atau aku buat buat tak faham. Tapi kadang kadang memang aku blur and lampi (lambat pikap) jugak.
This is bad bad bad bad bad bad!
Adakah sebab aku jenis tak kisah pun kalau people kutuk selagi ianya tak menyentuh perasaan. People said I’m positive minded. Tak jugak sebab aku suka jugak fikir bukan bukan. Yang ini memang very bad.
Mak aku reverse kereta keluar dari rumah nak hantar aku balik Shah Alam. Then, aku nampak an Indian sapu daun dekat tepi jalan besar depan rumah tengok kiteorang lain macam sebab sangat lama dia perhati. Then mulut aku boleh kata, “India ni macam pelik je, silap silap dia dok kaji jadual harian tuan rumah keluar masuk sebab ada niat jahat”. Then aku menyesal kenapa la aku cakap macam tu bila mak tegur “Ish tak baik buruk sangka, entah entah dia la yang jaga rumah kita bila kita tak ada rumah”. Aku dah berdosa dekat India tu kalau memang dia betul betul seorang yang baik. Adakah di akhirat nanti kerana kata kata ini tersekat langkah untuk menuju ke syurga dan aku perlu cari dia yang muka nya langsung aku tak ingat di khalayak berjuta juta umat hanya kerana kata kata buruk sangka aku itu?
Please people, jangan macam aku, talk nonsense, jangan meluahkan sangkaan buruk, jangan main kutuk sesuka hati, jang menghina, janga mengata, jangan mengeji, jangan fitnah, jangan tunjuk hebat, jangan berlagak, jangan menujuk, sebab itu lah yang melambangkan akhlak sesorang. Eh tapi bergosip tak apa. Kehkehkeh..
Apa itu akhlak? Pergi cari buku sekolah rendah agama KAFA dan study lah subjek akhlak kalau tak tau akhlak itu apa.
Telajak perahu boleh di undur, terlajak kata tanggung la penyesalan sendiri!
May Allah Bless You Always
May Allah Bless You Always
2 comments:
good!
Xmaw jadi bad bad bad lagi yaaaa
perubahan take time.. bukan senang nak latih diri :)
Post a Comment