Sebelum nih..
Dah nak masuk 3 minggu aku kerja, first day dengan second day memang la best balik pun office hour, 5.30 petang je dah cabut balik rumah. Masuk hari ke 3, sampai la hari ni, tak de makna nya dah 5.30 dah cabut balik. Paling awal lepas magrib balik rumah tak pun paling lewat pukul 12 malam baru check out pintu office.
Hidup dah tak terurus rasanya, hari hari makan dekat luar, kain baju bertimbun tak basuh, kalau basuh pun nak kena tunggu 2 hari baru kering disebabkan pencahayaan matahari yang tak berapa nak cukup. Mesin basuh?Aku dengan housemate merangkap officemate memang menyewa rumah yang kosong so mana nak cekau mesin basuh. Aceceeh, minggu pertama tu lepas balik office, mandi terus basuh baju, lepas next week nya hari hari pun balik lewat malam mana nak sempat dah membasuh bagai last last sekarang ni bertimbun. Nak bawak balik rumah mak? Hantar dobi pun tak sempat ini kan pulak nak kumpul bawak balik rumah mak.
Arghh hidup aku sangat tak terurus, kalau lelaki dah cari isteri tapi kalau perempuan nak cari sapa? Rutin harian kerja nya tak susah tapi kalau after 2 hari dah bagi kerja sebenar dan terus buat menggagau terkebil kebil nak start buat, panggil senior sana sini suruh tolong ajarkan. Alhamdulillah dapat senior office yang sangat baik tolong ajarkan satu persatu, asal tak faham ja sahut nama diorang terus diorang datang. Mereka sangat ramah dan mesra.
Environment tempat kerja memang best, officemate dalam lingkungan sebaya aku dan majoritinya perempuan. After seminggu dah boleh bergurau mesra dengan diorang. Mungkin fresh graduate lain merasa di beri training dalam tempoh lets say 3 bulan tapi tidak sama sekali aku merasa. Nasib la....
Hari hariku kena mengadap bilangan nombor yang beribu ribu. Antara bearing, jarak, koordinat, nombor PA, itu lah yang kena dok mengadap hari hari.
Tapi sekarang..
Lepas sebulan lebih, adjustment untuk negeri Kedah pun dah siap walaupun agak terlepas dateline yang sebenarnya yang pasti bahagian aku dah pun beres dan langsung dah tak ada sangkut paut lagi. Sekarang hidup aku dah kembali normal, masuk pukul 8.30 dan balik on time pukul 5.30. Kerja kerja adjustment yang terbaru iaitu negeri Perak yang baru dapat pun memang la sekali dapat terus 6 blok tapi disebabkan sudah agak cekap bukan la macam dulu dulu terkial kial tak tahu nak click button mana, tapi kini tidak lagi. Makin bersemangat, ceria dan bertenaga. Kehidupan semakin happy, tak ada lagi keluh kesah dan baju kotor pun tak bertimbun lagi. Tak sabar nak tunggu dapat gaji pertama. Kemungkinan minggu depan. Hurm.. dah macam macam teringin nak beli nih..
Seronok bila dapat officemate yang baya baya je umurnya, nak sembang apa pun layan je. Dalam office kalau tak silap aku sorang je yang dah berstatus berkahwin itu pun housemate aku, yang lain termasuk manager semua nya single lagi. Setakat ni tak terfikir lagi untuk cari kerja lain, memang nak masuk government tapi tunggu la after setahun ke kan. Tak taula bila dah tiba tahap kritikal stress nanti kot terfikir nak cari kerja lain ke. Haha. Wait and See.
May Allah Bless All Of Us.
1 comment:
awak keje apa . gaji berapa ya . sbb ingat nak amik kos geomatik ni
Post a Comment