Saturday, 21 February 2015

Persediaan : Backpack to Kunming-Lijiang-Dali-Kunming

1. Mohon Cuti
Bagi kakak yang bekerja ni kena lah mohon cuti awal-awal, bagi yang adik-adik yang sedang belajar atau memang bercuti panjang untungla.


2. Passport dan Visa
3 minggu dari tarikh nak pergi baru kalut nak buat VISA kan so aku ada entri kan cara nak buat VISA China di sini. VISA boleh buat 3 bulan sebelum tarikh penerbangan so better buat awal-awal lebih senang. Semestinya sebelum buat VISA wajib ada passport sebab kita perlu tinggalkan passport pada mereka sebagai sebahagian dari proses membuat VISA.

3. Persediaan Mental dan Fizikal
Sebelum ke tempat yang begitu asing, memang persediaan sangat penting terutama dari segi mental dan fizikal. Tapi tak de la pulak aku sampai setiap hari jogging bagai, boleh dikatakan tak jogging langsung. Haha. Tapi sepatutnya kena buat persiapan fizikal yang sepatutnya. Dari segi mental pulak, aku memang noted siap-siap yang negara ini tidak ada air dalam jamban seperti mana kebiasaan nya kehidupan kita dekat Malaysia. Oleh itu, aku siap cari cara yang mudah, bukak post dekat group untuk bincangkan pengalaman mereka yang biasa travel dan sharekan tips menggunakan tandas terutama jika berkeadaan period. Memang gerun kalau memikirkan nya sebab memang mangkuk jamban semata-mata mana ada air. Memang macam macam tips berguna yang saya dapat.



4. Itinerary Perjalanan
Sebelum create itinerary, seeloknya study dulu apa tempat yang menarik wajib dilawati dekat situ. Ada yang tripnya Kunming-Shangri-La-Lijiang-Dali-Kunming, ada yang Kunming-Lijiang-Kunming je ada yang Kunming-Lijiang-Dali-Kunming pulak dan ada juga yang terbalik atau round Kunming sahaja. Ada pulak Kunming ni hanya persinggahan kemudian gerak ke RedLand, Luoping kemudian terus ke Hanoi. Macam-macam la trip yang aku jumpa orang pernah buat, tapi sebenarnya aku tertarik macam Keme buat, Kunming-Shangri-La-Lijiang-Dali-Kunming tapi memandangkan dia mengambil masa 16 hari untuk lengkapkan tour tapi percutian aku ni hanya lah 7 hari oleh itu cut Shangri-La dan decide hanya Kunming-Lijiang-Dali-Kunming. Itu pun pening juga, masa touch down terus amik ketapi ke Lijiang atau round Kunming dulu baru naik ketapi ke Lijiang atau naik bas je pergi Dali dulu. Macam-macam dibincangkan last-last decide turun Kunming dulu, bermalam di Kunming baru amik ketapi ke Lijiang kemudian ambik bas ke Dali dan naik keretapi pulang ke Kunming.

Rujukan lain, aku aim je mana-mana post dekat travel group berlokasikan Kunming dan PM dia untuk mintak share itinerary dia. Ada jugak yang memang baik hati share dalam group so aku tinggal download senyap-senyap dan study mana dia pergi. 

So, dari study yang dibuat dari blog-blog, orang lain punya pengalaman dan itinerary semuanya aku blend kan dan jadikan satu itinerary sendiri. Mula-mula aku buat dalam excel tapi serabut bila nak bubuh gambar lepas tu aku kelepek semua masuk dalam power point senang skit nak scroll and review.

Paling penting dalam itinerary ialah:-

- Lepas touchdown airport nak amik bas aper ke hostel, bas nombor berapa, amik dekat mana.
- Nak naik bas nombor berapa ke lokasi lawatan, dekat mana nak naik bas tu.
- Berapa tambang bas dan dekat mana nak turun.
- Basic ayat tanya dalam bahasa Mandarin, tanya arah, tanya harga, tanya tempat
- Schedule tiket train dan berapa harga tiket
- Macam mana nak pergi railway station dari sekian tempat
- Lokasi masjid berhampiran atau lokasi kedai makan halal
- Peta lokasi hotel atau alamat lokasi hotel atau lebih bagus alamat dalam bahasa mandarin
- Waktu solat tempatan
- Gambar lokasi yang ingin dituju
- No telefon dan alamat kedutaan Malaysia di sana
- Anggaran perbelanjaan so duit yang di bawa adalah dalam bajet yang betul

Ikutkan banyak lagi yang penting, mana yang rasa penting bubuh kelepek je semuanya dalam nota sebab kita travel sendiri tanpa ada kenalan orang tempatan mahupun travel agent. Dan kita tak tau lokasi semasa berada di sana ada access internet atau pun tak. Macam aku kebetulan travel 4 orang adik beradik tanpa beli sim card tempatan memang bahaya sebenarnya tapi masing-masing kena take care each other dan follow each other.

Power point kan boleh print page by slide, so aku print satu page 2 slide kemudian gunting buat macam handout.


5. Tempah Hotel
Bila itinerary dah siap, so kita dah tau nak pergi berapa tempat, dekat satu tempat tu nak bermalam berapa lama, so dengan berbekalkan rujukan yang sama aku pun tempah la hotelnya. Cari yang paling murah pulak tu tapi yang elok la yang boleh muat satu bilik 4 orang. Aku akan update satu entry khas untuk penginapan di sana.

6. Baju Sejuk
Memandangkan 5 February-11 February masih dalam lingkungan musim sejuk oleh itu aku dengan adik memang cari la winter coat yang  berkemampuan, weh beli online je lepas tu sibuk ukur lebar bahu, ha la kalau salah size maunya ketat tak boleh pakai haruuuu... Tapi nak beli dekat sini kena awal sebabnya shipping dia 2 minggu kalau bukan Ready Stock. Pastinya aku review dulu tips mencari winter coat iaitu pastikan dibuat daripada Wool dan tidak berwarna fancy padahal ramai je yang pakai berwarna warni hurmmm...


7. Kasut, Stokin, Seliper, Sarung Tangan
Kasut yang selesa sangat penting sebab perjalanan yang banyak berjalan kaki naik bukit turun bukit lebih lagi Old Town disana hanyalah berlantaikan paved lagi la memang sellau nak tersadung sebab tak rata. Laburkan sedikit wang untuk kasut yang selesa memang akan puas hati sebab tak sakit kaki. Tapi kalau dah berjalan tak berenti memang sakit jugak la kakinye. Seliper kena standby juga sorang satu buat masuk toilet tapi kami kan adik beradik so bawak sepasang dan kongsi saje gilir-gilir guna. Tapi jangan pakai seliper dekat luar pulak memang ko buang tebiat la dengan cuaca sejuk ya amat pakai seliper je. Fuhhh.... Stokin kena stand by banyak juge, stokin jalan, stokin tidur, stokin solat, stokin salin, stokin tambahan pakai banyak lapis sebab sejuk sangat. Sarung tangan aku pergi beli dekat Mr DIY dekat Giant USJ saje. Stok stokin kena banyak tak pon beli tambahan dekat sana ada jual tepi tepi jalan.


8.Makanan, Baju, Travel Adapter, Power Bank, Barang Harian, Kelengkapan Mandi
Selain memilih nak bawak baju berapa banyak, seluar berapa banyak, tudung apa, nak guna beg apa, nak bawak berapa beg, jangan lupa sewaktu musim sejuk kulit akan menjadi sangat kering dan pemakaian losyen atau moisturizer sangat penting, lip balm memang sangat penting sebab bibir akan jadi kering dan merekah so memang hari hari sebelum keluar atau sebelum tidur kene tenyeh lip balm ni walaupun selama ni memang tak pakai pon benda benda alah ni. Ubat-ubatan sampingan yang lain juga perlu stand by sebab kita tak tau apa yang jadi kat sana. Travel adapter sangat penting nak charge handphone dan power bank, mostly ramai yang suggest bawak extension tapi tiga-tiga hostel yang kami duduk memang disediakan cable extension. Benda-benda yang lain macam makanan kering terpulang la nak bawak banyak mana tapi memang kami bawak berbakul biskut, air 3 in 1, maggi, coklat, kurma, kacang, snickers, ready eat sausage omakane dan tidak lupakan mangkuk plastik (makan maggi) dan cawan kertas (bancuh air), sudu dan garpu plastik juga pisau pemotong buah.

Ohya jangan sesekali lupakan tisu kering dan tisu basah weh untuk ke jamban dan botol air juga sementara nak beli air mineral dekat sana. Sumber air minum kami banyak beli je dekat sana sehari sorang sebotol air. Air Mineral harganya RMB3 botol kecik.

Lebih selamat guna sabun sendiri, kelebihan duduk hostel ni dia sediakan satu botol besar sabun, shampoo dan juga conditioner tapi kami tak pakai pon sebab tak sure kehalalan nya. Bawak sebotol sabun dettol dan kongsi jelah 4 orang. Macam tu jugak ubat gigi dan shampoo.



9. Kelengkapan Solat
Untuk perempuan cukup lah sekadar bawa telekung sahaja tanpa kain, sejadah nipis dan stokin. Kompas memang kena wajib ada. Ada yang hanya solat dengan pakaian yang dipakai berlapikkan kain bersih. Terpulang dengan keselesaan masing-masing. Aku tak reti baca kompas, adik aku yang baca.



10. Tukar Duit
Travel di saat-saat penurunan matawang ringgi yang menjunam bukan lah suatu tindakan yang bijak tapi mana nak tau masa pilih tarikh tu matawang nak turun. Perancangan yang dibuat harus diteruskan oleh itu bila dah bincang-bincang tolak duit hotel sebab duit hotel dah asingkan siap-siap maka nya seorang bawak RM700 yang diconverkan pada masa itu bernilai RMB1206 macam tu la sebab nilai tukaran wang bersamaan RM1=RMB0.58. Mula-mula tukar dekat Mubarak Exchange Mydin USJ kali kedua tukar dekat Summit USJ which is lebih untung dan dia bagi banyak duit kecik.

Mesti pelik cukup ke bawak duit banyak tu, cukup je dan ada lagi lebih. Atau nak selamat genapkan terus RM1000 senang cerita. Better request duit kecik sebab tambang bas baru RMB1 dan kalau selalunya dia tak nak terima duit besar kalau naik bas, bas nya sebijik macam RapidKL tu, kalau ko pernah naik RapidKL ko tau la selalunya memang kita masukkan duit RM1 dalam tabung sebelah driver ataupun touch guna RapidPass/TouchnGo card.

Tapi aku activekan jugak mastercard penggunaan di luar negara mana nak tau kalau ada ketidakcukupan yang berlaku card ni je la penyelamatnya.



10. Fotostat salinan Passport, Booking Hotel, Tiket Flight
Aku buat jugak salinan passport in case ada berlaku keciciran (nauzubillah) so that bukti salinan passport nya ada, begitu juga booking hotel tapi booking hotel aku dah masukkan sekali dalam power point. Tiket fligh sepatutnya kena ada tapi memandangkan kami ada kawan bekerja di kaunter AirAsia so semuanya dia yang uruskan tapi bila balik dah siap-siap check in online, sepatutnya dah siap-siap print flight ticket pun kteorang check in dekat kaunter tapi syaratnya kena sampai awal dekat aiport takut tak sempat nanty. Nak mudah siap-siap check in dan print sebetulnya.


11. Doa
Apa lagi yang boleh dibuat kalau semua persediaan dah dilakukan dan tinggal menghitung hari je so masa dalam solat lepas habis solat doa semoga Allah permudahkan perjalanan musafir kami, ditunjukkan dengan kebesaran Allah di sana dan berjumpa dengan orang-orang yang baik dan ringan membantu dikala kami dalam kesusahan dan kesesatan. Support dari mak ayah yang banyak membantu dalam persediaan dan doa dari mereka juga. Alhamdulillah Allah permudahkan banyak, temukan kami dengan ramai orang baik ketika kami tidak tentu hala nak ke mana dengan kekangan bahasa yang langsung tak faham.


64 comments:

Unknown [Reply]

Halo Admin / Blogger :)

Saya sangat suka dengan postingan foto-fotonya :)
Perkenalkan, saya Dewi dari tim kumpulbagi. saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi foto-foto,video,menggunakan disk online yang lain dengan tujuan berbagi informasi ? :)
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Anda bisa dengan bebas mengupload foto-foto,video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Terima kasih.

Salam.

Aku Seorang Pengembara [Reply]

Wah...detail tu info. Bagus buat rujukan...
Keme tu bahasa Perak bahagian perak tengah dan kuala kangsor. Kata ganti diri yang bermaksud saya.

Aku Seorang Pengembara [Reply]
This comment has been removed by the author.
rabiahadawiyyah83 [Reply]

Assalamualaikum..saya nk g kunming lijiang... Bulan disember 2015 ni. Dlm 7 hari..boleh share itenary x...my email ..adawiyyah_rabiah@yahoo.com....terima kasih.
.:)

khadijah nas [Reply]

@rabiah adawiyyah awak saya dah email (^_^)

Unknown [Reply]

Assalamualaikum...menarik info ni..sy bercadang nk ke kunming-lijiang-shangri la-kunming bulan 12 ni..buleh share itenary tak?xiafeiya@yahoo.com
Terima Kasih..:-)

fadhlina_lina [Reply]

assalamualaikum, saya plan nak ke kunming juga..boleh share itinary tak?tq cikgulina061178@gmail.com

khadijah nas [Reply]

@Sha Fizawaalaikumussalam. saya dah email awak.

khadijah nas [Reply]

@cikgu linawaalaikumussalam, saya dah email awak. :)

Unknown [Reply]

assalamualaikum, blh sy dptkan itinerary awk?

terima kasih awk.

chomby86@yahoo.com

khadijah nas [Reply]

@Cik Wan Nurhayati Binti Wan Yusoffwaalaikumussalam. saya dah email :)

Unknown [Reply]

Assalamualaikum. Boleh share itinerary juga dgn saya? Email nhannani@gmail.com
Terima kasih :)

Unknown [Reply]

Assalamualaikum. Boleh share itinerary juga dgn saya? Email nhannani@gmail.com
Terima kasih :)

khadijah nas [Reply]

@Nur Hannani Saya dah email awak!

Anonymous [Reply]

Salam Cik puan. Boleh share itinerary buat saya. Email : swabodhi_rusli@yahoo.com. Thanks

Anonymous [Reply]

Assalamualaikum..saya nk g kunming lijiang... Bulan febuari 2016 ni. Dlm 7 hari..boleh share itenary x...my email ..shaqmickey@gmail.com....terima kasih.
.:)

khadijah nas [Reply]

@Anonymous Saya dah email awak! :)

khadijah nas [Reply]

@Anonymous Saya dah email awak juga! :)

nizzah [Reply]

Assalamualaikum, boleh hantar pada saya itinerary di alamat email ismiizzah@gmail.com. Terima Kasih :)

khadijah nas [Reply]

@nizzah Waalaikumussalam. Saya dah hantar. Terima Kasih!

Anonymous [Reply]

assalamualaikum...boleh saya dapatkan copy itenary awak tak..my email, taqril80@yahoo.com..thanks...

khadijah nas [Reply]

Waalaikumussalam, saya dah email.

khadijah nas [Reply]

Waalaikumussalam, saya dah email.

mahani [Reply]

Assalamualaikum, boleh emailkan itinerary tak..sy nak ke kunming 26 nov ni..email saya cmmahani@yahoo.com..thanks

zakwan [Reply]

Assalamualaikum..saya akan ke kunming pda 6 disember dan ingin dapatkan itinerary puan..boleh x emailkan pda sya zakwan_quantum@yahoo.com terima kasih

M A E A [Reply]
This comment has been removed by the author.
M A E A [Reply]

Salam,saya akan ke kunming january 2016, boleh share itinery? Trima kasih ;)

M A E A [Reply]

Email saya mayakamalia85@gmail.com

khadijah nas [Reply]

Dear Mahani, Zakwan, Maya,

Saya dah email :)

Unknown [Reply]

Assalammualaikum wbt. Bole share iltenary kunming?email sy emmaelena84@gmail.com

lukman [Reply]

Salam cik puan, sy akan ke kunming lg semggu...boleh share itinerary (tmsk powerpoint slide tu) ke lukmansani@gmail.com? Thanks

khadijah nas [Reply]

@lukman saya email dah :)

shaziana [Reply]

Salam awak...boleh share itinerary awk tak?hehe...klu tak keberatan emel pada sy bleh : shaziana84@gmail.com
Sy plan nk p same cam routes awak. Thanks :-)

shaziana [Reply]

Salam awak...boleh share itinerary awk tak?hehe...klu tak keberatan emel pada sy bleh : shaziana84@gmail.com
Sy plan nk p same cam routes awak. Thanks :-)

khadijah nas [Reply]

@shaziana awak saya dah email. TQ!

mohammad fadzhil [Reply]

salam, boleh email p.point tak ? itinery kunming .. mfadzhil.prudential@gmail.com

khadijah nas [Reply]

@mohammad fadzhil waalaikumussalam, saya sudah email. terima kasih

Yusniza [Reply]

nak iti jugak boleh? @yusniza_yusoh@yahoo.com.my. thank you in advance :)

khadijah nas [Reply]

@Yusniza saya dah email/ Terima Kasih :)

syazwani_ahmad [Reply]

Salam..
Sy tengah cari info pasal omakane sausage boleh bwk naik flight x. and i came across your blog.nasib terjumpa blog ni :). Tq so much for the info.
I'm going to shanghai. Risau kalau2 omakane tu x lepas kat airport..hahaha..thanks again.

khadijah nas [Reply]

@syazwani_ahmad saya bawak naik atas buh dalam beg makanan.. hehe lepas jeee

Unknown [Reply]

Caught u!!hahaha..k.na br nk req iti dr dia

khadijah nas [Reply]

@hana yusof hehe saya selalu forward iti melalui email sis

JULIAHDITA [Reply]

Assalamualaikum.. Bole emailkan itinerary ke Kunming? Sy plan nak pegi next year..

JULIAHDITA [Reply]

Ni email sy jlr8788@gmail.com
Bole BG itinerary ke Kunming?

khadijah nas [Reply]

@JULIAHDITA Maaf lambat, saya dah email ye terima kasih

Unknown [Reply]

salam. boleh share itinerary kunming awk? tq
email:umarahramle@gmail.com

mdnasiridris [Reply]

Salam Cik puan. Boleh share itinerary buat saya. Email : naasiha@yahoo.com. Thanks

In sha Allah, kami akan ke Kunming pd 24 januari 2018

Unknown [Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown [Reply]

salam sis.boleh ke sis share itinerary ni. Email: nurfariha08@gmail.com

khadijah nas [Reply]

@NUR FARIHA ABDUL RAHIM saya dah email ye :)

Martha Johnson [Reply]

Nice blog post...keep sharing
Book online bus ticket from Redbus

Anonymous [Reply]

salam sis.. boleh saya dptkan itinerary trip kunming ni? T.ksih :)
fyra_kyrana@yahoo.com

Sitinor [Reply]

Salam...sangat detail. boleh saya tahu itinerary puan sebagai panduan terumanya pengangkutan, 10.01.19 saya akan ke kunming saja. bawa 2 anak

Sitinor [Reply]

sitinormustapa79@gmail.com

khadijah nas [Reply]

@siti nor marina mustapamaafsaya lambat reply, saya dah email ye

Anonymous [Reply]

salam sis, saya nak ke sana secara solo. boleh saya dapatkan iti awak? ghazlankassim@gmail.com

Farah NaQ [Reply]

Salam sis khadijah. Sy plan utk pergi bersama family. Kalau tak keberatan bole tak share itinerary dengan sy? Terima kasih :)

farah.naquiah@gmail.com

NurSeLina [Reply]

Assalamualaikum, sy Nazlina Dari S.Alam.Sy tbaca blog cik ketika cari maklumat ke Kunming.Wpun sudah lama cik kesana namun begitu ianya sgt bguna Dan mberi manfaat kpd org lain .Jika cik tak keberatan boleh sy dapatkan itinerary ke Sana sekali dgn slide Tu tak? In sya Allah tiada pape aral sy kesana pun seminggu.Sy dahului dgn ucapan tkasih jika sudi share melalui email snnaz_12@yahoo.com

Anonymous [Reply]

Terima ksh utk pkongsian ni.
Mohon share itnry dan slide tu bole x?
ixora_iesyah@hotmail.com
Tq

Anonymous [Reply]

Terima ksh utk pkongsian ni.
Mohon share itnry dan slide tu bole x?
ixora_iesyah@hotmail.com
Tq

siti ruzaiema [Reply]

boleh share iti ..? :-)
sitiruzaiema@gmail.com

unknown [Reply]

Salam Hi Awk,

Post awk ni sgt detail and very good ! boleh tak share itinerary ?

Ini email sy :)

ainniajasni11@gmail.com

Thank youuuu :)

Anonymous [Reply]

salam sis, bole sharekan itinerary to elyana78@yahoo.com. thanks ya