Stop kejap buat Literature Review, berpinar mata baca tulisan kecik kecik, tak jumpa jumpa jugak reference untuk Aerial Photogrammetry punya maksud. Kejap tadi sembang dengan kenalan lama dekat muka buku, lawak je akak ni bila dia kata ada lelaki umur 4 tahun lebih muda dari dia berkenan sangat nak jadikan dia isteri. Hurmm, tak salah kan kalau dapat jodoh lebih muda, jangan rendah diri sangat mengganggap diri terlalu tua untuk si dia. Ok je jarak 4 tahun tu kan. (^__^)
Tiba tiba tertarik pulak dengan entri pakcik Ben Ashaari ni suh jawab soalan pandangan blogger perempuan terhadap blogger lelaki. Disebabkan agak bosan dan keserabutan, maka nak melapangkan sedikit masa, aku pun join jugak lah buat julung julung kalinya kan.
BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN |
Soalan pertama yang telah dikemukkan ialah apakah blogger lelaki benar benar ikhlas? Hurmm, susah nak jawab, benar benar ikhlas dari segi apa tu pakcik Ben? Kalau dari segi penulisan, aku rasa dalam belog peribadi ni selalunya tak kan nak menipu kot. Rata rata yang aku tengok banyak kan nya kata kata di lihat agak jujur. Kalau ada yang menipu ce mengaku cepat, nak tengok gak cara ko menipu tu macam mana? Nak analyze, gaya professional ke or gaya mat bunga.
Ok, menjawab soalan kedua tentang blogger lelaki malu letak gambar, eh ye ke.. Rata rata aku tengok banyak ja yang tanyang muka hensem diorang tuh. Tak tau la kan kalau yang merasa kan diri nya tak berapa nak berupa agak malu nak buh gambar. Haha, sungguh kejam ini statement. Selalu lelaki yang malu letak gambar ni dia agak low profile orang nya. Saja tak mau diri di kenali padahal kalau aku la, buh la gambar sebesar alam pun, selisih dekat kedai, tak jugak aku cam cam.
Haishh, ni yang sakit hati nih laju je menaip nya. Tadi masa menulis report, terkebil kebil nak karang ayat. Mencik!
Berbalik kepada soalan nombor tiga, pendapat aku kenapa lelaki berbelog adalah dalam persekitaran yang aku lihat la kan
1. Nak dapat kan duit dengan iklan iklan Affilliate tak pun Nuffnang tak pun sumber sumber yang boleh mendatangkan duit lah
2. Nak promote barang bisnes dia
3. Nak berkongsi pengalaman
4. Nak beri tazkiran dan peringatan serta nasihat
5. Nak berkongsi minat dan hobi
6. Nak berkongsi link, berita terkini, info menarik, gosp artis
7. Nak tayang teknik photography yang dia ada
8. Nak curahkan rasa cinta dia dekat kekasih hati dia
Baik kome mengaku cepat 8 senarai aku buat ni betul!!
Baik kome mengaku cepat 8 senarai aku buat ni betul!!
Blogger lelaki mudah dapat ramai follower perempuan sebab rata rata blogger adalah terdiri dari perempuan. Betul tak betul tak. Nak nak bila dia tayang muka hensem dia, bakat melukis, bakat tangkap gambar, teknik penulisan yang sempoi, santai dan bersahaja. Lepas tuh, berebut rebut la blogger perempuan follow tak kira la budak ka, anak dara ka, mak daraka, makcik dara ka, nenek dara ka, even moyang.
Hurm, ni soalan nak mengkantoi kan blogger perempuan la nih. Pak cik Ben, no komen ya jawab soalan ni. Asal tajuk menarik, aku redah ja masuk tak kisah la ko Ben Asahari, ko ZackZukhairi, ko Asada Ryutaro ka, ko Hami Asraff ka, ko Imam Muda Asyraf ka, ko AizulMarcello ka, ko Naz yang sungguh sulit ka. OK menjawab kan. Aku akan masuk dan baca tapi tak tinggalkan jejak, hehe, tapi siyesly aku suka baca belog yang penuh dengan pengajaran dan kata kata hikmah dari diorang ni Si Sulit dengan Hami. Aku jarang bukak layan gambar gambar hensem, malas nak tunggu gambar keluar seketul seketul lebih lagi kalau internet slow tahap beruk kena bisol.
Perghh, akhirnya dah soalan last, yeayy, lepas ni boleh pergi mandi, uppps kantoi tak mandi lagi, dah pukul 12 p.m. Ye la, fobia nak pergi mandi lepas pengalaman jumpa perkara aneh masa nak pergi mandi pukul 3 pagi 2 hari lepas tak habis lagi.
Ok, jika aku blogger lelaki, tak mungkin sebab Allah dah jadikan aku perempuan tak mungkin aku akan jadi lelaki. Hurm, tapi dalam konteks jika kalau la kan, kalau aku seorang lelaki yang hensem aku buh gambar sekeping cukup dah buat up traffic blog, haha, kalau aku tak hensem aku edit la gambar bagi nampak perempuan terpikat. Cess, sungguh memandang fizikal rupa bentuk wajah. Kepada blogger lelaki, aku suka kalau korung tulis pandangan korung dari sudut lelaki terhadap perempuan sebabnya dari situ aku boleh tau, pelajari, dan baiki diri mana yang terkurang.
Itu sahaja kan soalan. Rasanya dah menjawab kesemuanya. Ini hanya pandangan peribadi, jangan hangin satu badan ya blogger lelaki. Mana terkurang terlebih tu kome jawab la sendiri.
"Yang baik datang dari Allah, Yang terkurang adalah datang dari kelemahan aku sendiri"
KHADIJAH NAS
11 comments:
tue dia ehhh...
macam-macam jawapan yg kuar...
salam ziarah dari segmen panas En Ben...
pakcik ben ?
haha..ben ashaari dah tua..
singgah dari blog ben ashaari..
tu diaaaa...macam2..
ahahhaa...
salam ziarah~~~
solo: haha... dah tanya jawab la kan (^__^)
hanif: mesra apa kalo panggil pakcik.. hehe..
ziedal: macam macam ada na.. wasalam
salam singgah
dok usha2 pendapat2 blogger perempuan..mostly menarik
keep on blogging...
cikgu: baiklah.. jom berblogging
masing2 dengan pendapat tersendiri..he3..suka2... salam perkenalan... =D
cik sue: haha... tenk que
nisha; perghh salam santau...
takut aihh. (^__^) tq
Post a Comment