Thursday, 5 May 2011

Perkara yang membuatkan aku stress ketika minggu exam

Normal ianya jadi dekat aku tapi tak tau la jadi ke tak dekat 0rang lain..

Oya Alhamdulillah dah selamat jawab 2 paper pun tinggal lagi 2 paper lagi. Penat otak aku sampai sakit kepala menggigil satu badan mengadap paper selang sehari berturut turut ni.

Bila diri rajin tiba tiba bersemangat dengan berkobar kobar nya tapi di ganggu oleh benda benda yang sebenarnya memang hari hari pun berlaku tapi di sebabkan tiba tiba perasan ianya menganggu concentration maka terus diri menjadi stress!



Antaranya ialah:

Bunyi bising kereta motor bus lalu lalang since bilik aku sebelah jalan dah rasa macam dekat highway dah rasanya.. Stresss aku!

Psycho tengok member member dah study banyak sampai kan siap buleh bincang topik by topik.. Stresss aku!!

Bila penat baca buku capai la botol air dengan niat nak basahkan  tekak sekali air dah habis rupanya means kena pergi jerang air means kena bangun pergi amik air lepas tu kena tunggu air sejuk baru boleh minum..!! Hah, stresss aku!

Bila belek belek notes sekali nak cari notes lain cari punya cari punya selengkor tak jugak jumpa jumpa.. Heh, Stress aku!!

Bila tengah lukis lukis sekali tersilap nak padam tapi cari punya cari tak jumpa jugak mana nya pemadam..! Eii pemadam ni time ni la nak main nyorok nyorok dengan aku! Stress aku!!

Bila perut dah lapar menggagau la cari makanan tapi tak jumpa maknanya nak kena turun pergi makan jugak sebab dah tahap lembik gila sekali dengan niat tak ikhlas turun jugak ke Dataran Cendekia jenguk kedai ke kedai semua lauk tak menarik..! Stress aku!!

Bila rasa rambut sangat menggangu melayang layang depan mata, ikat tinggi tinggi dah macam orang dalam pantang ish peduli apa..! Stress aku!!

Bila tengah khusyuk dan tawaduq study la konon nya sekali handphone yang selama ni tak pernah masuk call or message tak tahu kenapa tiba tiba buang tebiat dia nak bunyi plak.. Stress aku!!

Of course sangat stress tengok kelender hari demi hari. Tengok jam detik demi detik... Oh tidak!! Makin stress aku!!

Kesimpulan nya semua aktiviti yang orang buat semua tak kena semua tak kena! Dengar orang jalan, orang cakap, musik, bunyi bukak pintu semua semua semua!!

Aku tengok kucing dok relax berlengkar tengah jalan pun rasa nak ganyang jer!!

Ok EMO terlebih,

Khadijah Nas

2 comments:

damha [Reply]

bila kita berada dlm situasi yg tertekan..apa saja yg berlaku disekeliling kita akan membuatkan kita terasa sesuatu yg tidak kena..pada hal itu adalah situasi yg selalu kita hadapi setiap hari...so jgn terlalu stress..anggaplah itu sbg satu cabaran yg harus ditempuhi...good luck...

Khadijah Nas [Reply]

hahahahaha... betol betol padaal hari hari benda tu berlaku tapi bila dah serabut semua jadi tak kena tak buleh terima... tq!