Saturday, 15 October 2011

Pendengar Yang Baik

Sumber rujukan dari penulisan
Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad 


Menjadi pendengar yang baik adalah segala galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Orang yang hampir dengan kita boleh dikira berapa orang je yang benar benar boleh menjadi pendengar yang baik. Betul tak?

Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik.


Dengan mendengar,  suka atau tidak automatik kita akan gain knowledge apa yang kita tak tau sebelum ni dan kena ingat people sukakan mereka yang boleh menjadi pendengar yang baik. 

Yes aku mengaku aku suka orang yang boleh menjadi pendengar yang baik. Tapi bukan aku saja but everyone kan?




"I don't sit on top of a mountain and get these visions of what we ought to do, I have to find out from other people.  I have to do a lot of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.

Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya.  Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.


Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:

  1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
  2. Berikan perhatian sepenuhnya.
  3. Berikan 'eye-contact'.  Lihat tepat kedalam anak matanya.
  4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
  5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya..  aha".
  6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
  7. Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan.  Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
  8. Elakkan dari mengkritik.
  9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
  10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
  11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.

Nampaknya untuk menjadi seorang pendengar yang baik perlulah praktikkan semua list dekat atas ni sampai ianya menjadi habit. Lepas dah praktik tu cuba perhatikan sekeliling kita untuk tengok penerimaan orang keliling. Mungkin anak- anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang dengan anda. Mungkin suami atau isteri mula berinteraksi dan duduk berbincang bersama. Kawan-kawan menjadikan anda best friend forever, dan jika anda bos orang bawahan anda akan mula menghormati anda sebagai ketua. Ini lah kuasa jika anda mahu menjadi pendengar yang baik. Good kan artikel yang dah aku olah sikit sikit nih. 


No one can possibly know everything. Listening to others is the single best way to learn. Nobody is more persuasive than a good listener.


4 comments:

Syifa Alshah (wutwut) [Reply]

pendengar adalah lebih baik sebagai tmpat luahan, at least mereka lega, pendam masalah boleh dapat sakit jantung tahu.

khadijah nas [Reply]

agreee :)

damha [Reply]

pendengar yg baik dpt menjiwai n merasakan apa yg diceritakan oleh seseorang.....dan dpt memberikan satu gambaran utk meredakan sedikit apa yg diceritakan itu...

khadijah nas [Reply]

menjiwai ye.. hurm.. agree :)