Sunday, 1 January 2012

Umur genap semalam, hari ini dah tua setahun

31 Disember menjelang dan menjelang setiap tahun. Dan again semalam kembali lagi dan berlalu cepat je kan, hari ni dah masuk tahun baru. Baru semalam umur genap 23 tahun tapi hari ni aku dah dalam golongan yang berumur 24 tahun. Sekejap sangat kan? Tapi hari ini ditahun baru tanggal 1 Januari 2012, umur aku;


Ohh jangan ingat still muda ya. Kerja pun tak ada lagi, harta pun tak ada, calon pun. Oh tidakk!

Dikesempatan yang tersempat ni aku sekali harung nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun 2012 tahun yang bertuah untuk anda semua. Tahun yang membawa untung, yang memberi limpahan rezeki, yang membawa kebahagian, dan mendatangkan keceriaan dan kebahagian disamping keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara. Amin..

Apa pun sepatutnya Maal Hjrah yang patut kita sambut  bukan nya Tahun 2012 betul tak? Tipu la aku tak join celebration tu, punya la gigih redah iCity tu malam tadi. Gila ramai orang tapi bunga api sangat cantik! Tapi sekejap ja, rasa macam tahun lepas lama lagi. 

Macam tak percaya la dah 2012, sekejap je rasa. Macam baru semalam melangkah masuk tahun 2011. Kan kan? 

Azam tahun baru apa?
Azam tahun lepas tercapai tak?
Hurm.... Next entry.

May Allah Bless You Always





1 comment:

Anonymous [Reply]

damha...
selamat hari jadi ye nas pada 31 dec yg lalu.....