Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan


Alhamdulillah segala puji pujian terhadap Allah swt, selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w di 1 haribulan Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah ini umat Islam di seluruh Malaysia berpeluang sekali lagi di panjang kan umur oleh Allah s.w.t menjadi tetamu Ramadhan iaitu tetamu Allah untuk menempuhi dan menjalani ibadah yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini dan umat Islam di serata pelusuk dunia yang mungkin baru sahaja hendak memulakan ibadah puasa di sebabkan kitaran hari dan jam yang berbeza di ucapkan,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Selamat Menunaikan Ibadah Wajib dan Memperbanyakkan Ibadah Sunat

Semoga Ibadah Ini Diterima Oleh Allah swt

Semoga Allah Merahmati Perjalanan Hidup Kita Semua

Kita tak tau bila akhirnya perjalanan kita di dunia ni, mungkin kah ini Ramadhan kita yang terakhir kan?

Ibadah puasa mendidik kita menahan segala lapar dan dahaga, menyelami kehidupan susah fakir miskin yang perlu mengikat perut kerana kesusahan hidup tapi bila time bukak puasa kalah orang kaya makan kalau dekat Malaysia ni la sehinggakan di akhiri dengan amalan syaitan iaitu  pembaziran. Nauzubillah sama sama kita hindari dari itu semua, makan apa yang ada, jangan ikutkan sangat nafsu, walaupun syaitan dah diikat tapi nafsu plak akan bermaharajalela so jauh jauh kan diri dengan pasar ramadhan, haha eh tapi betul la, kalau dah sekali pergi pasar ramadhan tu hari hari nak pergi sebab teringatkan "Eh kuih kat gerai hujung semalam  macam sedap la" tak pun "Hari ni nak pergi pasar ramadhan awal sikit lah sebabnya semalam ramai sangat orang beratur kat gerai tu".

Kan kan kan? Betul tak apa aku kata, so jauh jauh kan diri anda dengan pasar ramadhan kalau yang jenis bukan beli tapi memborong semua lastly tak habis makan pun terutama di hari pertama berpuasa ni. Elak kan makan sehingga kekenyangan kembong perut nak bangun pun tak larat. Masa masuk je waktu berbuka jangan terus serbu minum air sampai habis satu jug, dahulu kan dengan manisan dulu tak pun lebih afdhal dengan buah kurma. Lepas tu pi solat magrib dulu baru turun makan. Minum air last skali baru la boleh rasa semua makanan yang ada. Ni pi minum semua jenis air lepas tu kenyang air nak sumbat makanan pun dah tak larat rugi la kan. Haha.


Selamat Menanti Waktu Berbuka Puasa dan Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih ya.


6 comments:

Unknown [Reply]

selamat berpuasa yer mek..hehe

khadijah nas [Reply]

selamat berpuasa

damha [Reply]

slm ramadhan n slmt berpuasa juga utk nas..banyakan amal ibadat n bersedekah...

NAZ [Reply]

selamat berpuasa nas :) penuh kalau boleh, kalau lah haha

khadijah nas [Reply]

to damha: salam ramadhan dan selamat berpuasa

khadijah nas [Reply]

to naz: haha, gila perli.. selamat berpuasa!