Tuesday, 9 August 2011

Salam Ramadhan #8



Sekarang setiap petang aku tengok Laila Manja sebab aku suka lagu tema cerita tuh. Mungkin lagu tu dah lama walaupun aku baru first time dengar masa tengok cerita Laila Manja ni. Bukan menarik pun tapi since dah tertengok dari episod satu dan tertengok pulak hari hari so hari hari setiap petang aku akan tersambung la tengok cerita ni lepas tengok Bella.

Jup aku fikir apa pengajaran yang aku boleh dapat dari cerita Laila Manja agak agak nya ek? Mak tiri yang jahat? Kalau menyampah dekat Atie, kesian dekat Laila ada la. Tapi bila Manja dah besar aku tengok hensem la pulak mamat nih and suka tengok gelagat Yam. Tapi Ikram erk boleh la walaupun bila aku tengok apasal la mata mamat ni lambat nak bukak masa berkedip. Apa pun lagu 1st Edition ft Aizat best, sedih la kan sesuai dengan jalan cerita drama tuh. Aku dah download pun dekat 4shared and dengar hari hari.

Pengajaran dari cerita tuh apa ek? Tak ada buat masa ni, sekadar mengisi masa lapang yang sangat lapang.

Salam Ramadhan #7

Dah lama sebenarnya aku perasan buku ni ada dekat atas meja study dalam bilik tapi tak ada hati nak baca atau belek. Ntah macam mana ada satu hari tu akhirnya aku amik dan baca jugak. Buku ni mak aku beli masa pesta buku peringkat negeri Selangor baru baru ni eh tak la baru dah berbulan lepas jugak la.


 
Lepas dah habis baca aku rasa buku ni satu buku yang hebat. Tak tebal mana pun, siap dengan ada gambar tapak tapak prasejarah lagi. Bagi aku semua umat islam patut baca buku ni. Aku sebenarnya memang dah perasan lama dah buku ni tapi mungkin tak ada hidayah lagi nak baca tapi bila dah baca memang best.

Mungkin pendapat aku ni berbeza dengan mereka yang memang belajar dalam bidang sejarah Islam atau memang study dalam Quran dan Sunnah memang aku jauh kecetekan ilmu la dari diorang. Aku mengaku memang aku cetek ilmu bab bab sejarah Islam ni.

Kenapa aku kata buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN karya AFAREEZ ABD RAZAK ni hebat sebab nya, penulis buku ni menjelaskan dengan terperinci tapi simple untuk membuktikan dan bentangkan hujah hujah kenapa dia kata Iskandar tu bukan Zulqarnain.

Penulis membuat kan aku baru tahu kiraan kelender sebelum masihi dan selepas masihi. Sebelum ni aku faham BC tu ‘Before Century’ rupanya ‘Before Christ’ (sebelum kedatangan Nabi Isa).

Menurut penulis, di muka bumi ni ada 4 raja yang hebat dan menakluk serta memiliki kawasan jajahan yang besar masa pemerintahannya. 2 daripadanya Raja yang beriman dan 2 lagi Raja yang tak beriman dan zalim iaitu Raja Namrud, Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Raja Zulqarnain.

Penulis singkap balik sejarah mula mula kewujudan manusia iaitu dari Nabi Adam kemudian anak cucu cicit Nabi Adam sehinggalah Nabi Nuh dan seterusnya kehidupan dan kelahiran nabi-nabi dan rasul-rasul yang hidup di zaman zaman pemerintahan raja-raja tu.

Walaupun kisah kisah nabi nabi dan rasul rasul ni di sentuh dengan penuh ringkas dan simple tapi bagi aku itu pun dah boleh menambahkan pengetahuan yang sebelum ni aku pernah dengar tapi dah lupa dan ada juga yang langsung aku tak tahu. Dan juga sejarah pemerintahan empayar sebelum masihi di cerita dengan penuh simple dan sebelum ni aku tak pernah nak ambik tahu sebab tu aku tak tahu tapi sekarang aku dah tahu so sangat interesting bagi aku.

Buku ni aku rasa kalau dipaksa baca memang tak akan dapat knowledge tu tak pun mungkin sekadar baca tapi tak menusuk kalbu pun tapi bila memang hang tergerak hati nak baca and ada sifat ingin tahu and timbul rasa seronok masa baca tu baru ilmu tu sampai dalam hati hang.

Itu je lah aku nak share. Seriously aku rasa semua orang patut baca buku ni. Tapi macam aku cakap tadi baca bukan sebab kena paksa tapi lebih kepada perasaan ingin tahu yang menebal.



Monday, 8 August 2011

Salam Ramadhan #6

Ada 4 jenis burung yang mempunyai sifat keji

- Burung Merak
- Ayam Jantan
- Burung Merpati
- Burung Helang


Kenapa Burung Merak?



Sebab burung merak ni ada sifat sombong dan bangga diri dengan bulunya yang berwarna warni yang cantik hingga menarik perhatian sesiapa nak tengok.


Kenapa Ayam Jantan?



Sebab ayam jantan gila mengawan tanpa kira masa dan tempat.


Kenapa Burung Merpati?



Sebab burung ni ada sifat yang paling ramai masyarakat dunia ada iaitu sifat malas. Burung Merpati adalah burung paling lewat bangun pagi kalau di compare dengan burung burung lain yang pagi pagi lagi dah keluar bekerja cari makanan.


Kenapa Burung Helang?



Sebab sifat burung ni yang suka menyambar. Means kalau dikalangan manusia yang jenis suka mencuri, ambil hak orang lain, peragut, dan sewaktu dengan nya.


OK sekarang ni tengok dan cermin diri anda dan aku pun sama. Mana sifat antara 4 jenis burung ni yang korung atau aku ada?

Friday, 5 August 2011

Salam Ramadhan #5



Last week, adik lelaki aku balik rumah so ajak la dia pergi jalan dekat Empire yang dekat dengan Subang Parade tu walaupun orang kata tempat tu tak ada apa tapi di sebabkan tak pernah pergi lagi so sekurang kurangnya pernah pergi kan walaupun sekali. Adik perempuan aku kata kawan dia cakap dekat situ ada kedai yang jual barang yang di buat dari bahan kitar semula so kiteorang pun teruja nak pergi kecuali akak aku dengan adik lelaki aku. Bila jejak kaki masuk Empire amik kau semua nya branded punya kedai, COACH, GUESS, F.O.S, etc. Ok tak pe bukan nak beli apa pun saja nak round kan so bila nampak POPULAR itu je la arah tuju favourite.


Memang dah lama aku aim nak cari novel sambungan CINTA SUFI iaitu tajuknya SUTERA BIDADARI, wahh semua 5 siri tu semua aku ada. 2 hari baca dah habis dan seperti biasa karya RAMLEE AWANG MURSHID memang tak pernah mengecewakan. Kagum dengan kekreatifan dia mengolah membongkar mengungkit balik kisah lalu dan dikaitkan pula dengan yang akan datang. Kemunculan watak baru Sang Dewi yang agak tertanya tanya siapa kah tup tup cerita Sang Dewi tu bersambung ke buku seterusnya. Tapi siri buku yang kali ni memang best!

Tapi bukan sebijik buku je yang aku borong sebabkan lepas belek belek dekat POPULAR tu aku jumpa pulak buku DENDAM karya AFFIFUDIN OMAR dan memang dah lama nak beli tapi tak jumpa jumpa so bila dah jumpa terus amik dan bayar. Aku pernah tengok dia dijemput oleh NASI LEMAK KOPI O promote novel dia. Dari situ aku dapat tau yang dia dulu pernah berada dalam arena politik so lepas dia bersara dia giat menulis novel dan mesti la novel dia berkisar tentang pengalaman pengalaman yang pernah dia dengar pernah dia tahu pernah di lalui kan so dia buku kan dalam bentuk novel.


DENDAM lepas 2 hari baca, bagi aku menarik juga sebabnya bagi aku ia adalah idea yang dicedok dari pengalaman, pengetahuan dan peristiwa yang pernah berlaku dan terjadi tapi di gubah dirangkum ke dalam satu cerita hayalan yang kononnya perjalanan kehidupan watak utama novel iaitu Khalil Gibran.

Pengajaran pun ada, boleh dikutip. Betul apa yang dicerita oleh penulis, kadang kadang kehidupan pembesaran seseorang telah dipengaruhi oleh dendam keluarga yang turun ke dalam dirinya dan membuatkan dia hidup dengan penuh dendam dan untuk membalas segala dendam itu dia dalam masa yang sama dia boleh terjebak dalam kerja kerja jenayah. Lama lama semua itu menjadi satu kepakaran dan dosa yang dibuat pun memang la berkepuk kepuk. Tapi Allah itu Maha Penyayang memberi peluang kepada hamba yang dipilih untuk berubah, bertaubat, kembali ke jalan Allah dan menyesali segala perbuatan yang lalu.

So bukan novel jiwang bukan novel cinta bukan novel fantasia bulan madu ke apa, aku nak suggest 2 buku ni especially kepada penggemar novel novel thriller. Try la baca DENDAM dan SUTERA BIDADARI. Bagi aku DENDAM boleh menambah knowlegde tentang perlakuan jenayah yang mungkin selalunya kita baca dari surat khabar tapi yang ini dalam bentuk perjalanan hidup yang difantasikan.

Thursday, 4 August 2011

Salam Ramadhan #4

Juruukur sinonim dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). JUPEM adalah jabatan kerajaan yang menguruskan hal hal pengukuran dan pemetaan di kawasan darat di seluruh semenanjung Malaysia. Sarawak dengan Sabah kalau tak silap aku sistem lain.


Kalau student Diploma Sains Ukur dan Geomatik, masa cuti semester 3 iaitu di tahun kedua diploma, student termasuk aku sendiri berpeluang merasa praktikal selama sebulan dekat JUPEM. Boleh mintak JUPEM negeri mana yang korung nak. Selalunya ramai yang mintak dekat dekat dengan rumah family. Aku dulu praktikal dekat JUPEM Ipoh, Perak. Masa aku apply praktikal dekat JUPEM Perak family aku still duduk dekat Seri Manjung. Then bila result dah keluar tup tup family aku pindah rumah ke Alor Setar so bila aku jumpa Ketua Jabatan mintak tukar ke Kulim dia kata dah tak boleh. So redha je la namanya. Kebetulan makcik aku ada duduk dekat sana so tumpang la tinggal dekat rumah dia sebulan dekat Taman Silibin.

After 2 minggu praktikal ayah aku kena balik kerja dekat Perak pulak so tumpang la duduk rumah makcik aku sementara nak cari rumah sewa, time tu pulak musim cuti sekolah so diorang nak pergi berjalan so aku tinggal berdua la dengan ayah aku dekat rumah tu lagi best pergi balik kerja ayah aku hantar. Sebelum tu pakcik aku hantar la jugak tapi segan jugak hari hari orang hantarkan tapi balik naik bas buruk.

Praktikal dekat JUPEM Perak ada punch card, sepanjang sebulan praktikal, punch card aku ada 2 merah and aku pernah mintak balik awal dekat pegawai sebab tak sihat malam tu ayah aku bawak pergi makan kedai mamak esok nya cirit birit ada la nak dekat 3-4 hari.

Masa praktikal of course aku tak ada kenderaan sama la sekarang pun so bila time lunch hour dekat bangunan JUPEM Ipoh tak ada canteen, nak makan kena pergi bangunan sebelah tak pun kedai kedai dekat area area situ. Banyak kedai jugak aku try sebabnya dapat geng yang jenis hari hari nak makan kat kedai lain lain so memang berjalan sakan la kalau time lunch hour.

Bertentangan pejabat JUPEM, Majlis Pembandaran belakang tu Ipoh Parade. So kalau hari Jumaat aku dengan geng makan tadi round la Parade memandangkan kalau hari Jumaat masa lunch hour lebih panjang.

Tak silap aku dua kali dalam sebulan petang Jumaat dekat JUPEM tu diorang panggil ustaz baca kitab arab diorang buat dekat bilik mesyuarat. Tak ada paksaan sapa yang nak pergi tapi ramai jugak yang hadir. First time aku pergi macam terpelik la jugak and puji la sikit dalam hati dekat office pun boleh panggil ustaz baca kitab.

Balik selalunya aku naik bas tunggu bas depan Greentown Mall, masa mula mula jenuh aku tanya orang macam mana nak naik bas ke Taman Silibin, banyak bas ke Taman Meru tapi mana la aku tau kalau nak pergi Taman Meru lalu Taman Silibun dulu, lastly sampai rumah nak dekat pukul 8 malam tunggu dari pukul 5 petang.

Of course la kalau praktikal surveying mesti kena turun outdoor site, so aku pergi site dengan member praktikal sekali kebetulan dia duduk Taman Meru so sangat la one way ke JUPEM so aku tumpang dia ambik dan hantar aku setiap pagi depan taman.

Masa praktikal dengan JUPEM ni la first time aku tengok kerja ukur yang sebenar. Kawasan hutan semak samun yang baru nak diteroka untuk dijadikan taman perumahan. So batu batu sempadan akan ditanam untuk divide lot lot tanah bagi setiap rumah teres.

Masa praktikal ni la aku tengok sun observation di buat before start buat kerja and through toughbook. Dan semua kerja kerja observation di record secara bluetooth dari Total Station ke toughbook.

Masa praktikal tu jugak aku tengok kerja kerja cari gali batu sempadan dan tanam semula batu sempadan. Kalau mandor kerja nya tebas lalang, locate dekat mana nak tanda station and diri alat prism and korek cari kedudukan batu sempatan yang dah tertimbus dalam tanah dan tanam yang baru. Ada dua orang yang jaga prism dan tukang observe. Surveyor duduk bawak payung besar usung kerusi usung toughbook, masa observation work dia duduk bawah payung atas kerusi sambil isap rokok and pegang toughbook. Memang bos besar surveyor nih.

Bila tengok dan berpeluang bersama sama golongan profesional and berpengalaman buat kerja, “Wahhh..!” jauh sekali dengan cara sudent buat kerja. Sangat cekap, laju, senyap, hormat ketua, teliti and yang kagum nya boleh mandur tu boleh agak jarak dengan langkah kaki then cangkul terus jumpa batu sempadan yang tertimbus dalam tanah.

Prinsip kerja outdoor sampai tengah hari je then balik. Kalau student seharian la duduk dekat site kalau boleh nak siap kan hari tu jugak, dari matahari terbit sampai matahari terbenam dekat site.

Boleh dikatakan setiap unit atau bahagian dekat JUPEM tu aku merasa masuk dan tengok proses proses kerja yang di lakukan. Dari unit pendaftaran sempai la ke unit unit yang lain. Of couse la dekat tingkat bawah JUPEM ada kaunter pembelian contoh nak beli Pelan Akui, nombor BM, Peta and etc.

Setiap JUPEM jugak ada bilik kebal. Bilik kebal ni menyimpan map dulu dulu, masa praktikal ni baru aku tau orang dulu dulu lukis peta lukis pelan pakai tangan. Lukis tak ada masalah, tapi nak label tu, gila cantik tulisan, seragam ja macam tulisan komputer padahal tulis tangan tuh. Rupanya zaman dulu sebelum jadi surveyor berbulan kena belajar tulis abjad dengan nombor sampai tulisan jadi cantik seragam and bos puas hati. Kalau nak tulis kena pasti betul betul pasti bukan main tulis ja.

Masa praktikal ni jugak baru aku tahu sebesar besar company LS (licence surveyor) means syarikat swasta yang di miliki juruukur berdaftar, semua work nya lastly akan kena dihantar ke JUPEM dan ada satu unit yang akan memantau dan check kualiti kerja kerja LS nih, and bila dah berpuas hati dan ketua unit pun sahkan akan di bawa ke pihak atasan untuk diapprove.

Dekat sini la aku faham betapa pentingnya LS perlu memiliki kabel yang kuat dan hubungan yang baik dengan orang dalam JUPEM. Wakil LS akan sentiasa ulang alik pejabat JUPEM untuk mintak kelulusan, beli pelan, beli peta, dapat kontrak macam macam lagi la. Aku tengok JUPEM ni memang nadi kepada setiap company LS. Orang JUPEM pun ada jugak yang ambil freelance job nak tambah duit poket dengan LS. Itu semua networking yang sangat bagus.

Untung dan satu kelebiham bagi Diploma Geomatik silibus baru sekarang sebabnya diorang semua berpeluang buat praktikal dekat company LS masa part six, means dalam 4 bulan kalau tak silap aku. Aku dulu tak pernah praktikal dekat company LS. So nasihat aku manfaatkan pengalaman di tempat praktikal anda secukupnya.


Sekian

Wednesday, 3 August 2011

Salam Ramadhan #3

Kali ni aku nak sambung story pasal Geomatik. Aku Diploma Sains Ukur Geomatik dekat UiTM Arau Perlis. Masa sebelum aku dapat tawaran tu aku sempat masuk form six 4 hari je pon pergi sekolah nya, kelas biology dekat SMK Methodist ACS Sitiawan Perak. Aku bukan nak masuk sangat pun cuma teruja nak pergi sekolah naik motor dengan akak aku time tu dia upper six. Pagi pagi kakak aku hantar aku naik motor drop depan pintu sekolah then dia pergi sekolah dia dekat SMK Ahmad Boestamam one way la. Jauh jugak sekolah tu dari rumah tapi tak tau la kenapa aku teruja sangat mungkin dah bosan duduk rumah lama lama tak pun takut kalau dok tunggu lastly tak pi mana baik naik form six siap siap. Tapi before tu memang aku pernah target tak nak sambung form six dah, dah tak larat nak pakai uniform, aku nak cepat cepat nyah kan diri aku dari terikat dengan baju uniform sekolah.

Bila aku dah dapat tawaran Diploma Sains Ukur dan Geomatik dekat UiTM Arau lepas check melalui talian telefon ada la dial number apa tah tengok dekat internet and boleh check keputusan UPU walaupun sebelum tu frust la jugak masa check online keputusan UPU aku gagal, aku pun selongkar la website UiTM nak tau sedikit sebanyak apa benda nya Geomatik ni.

Dapat la info jugak sikit sikit, aku dapat tau yang Diploma Geomatik ni 3 tahun, setahun pertama iaitu semester 1 dengan semester 2 dekat Arau, Perlis and 2 tahun lagi which means semester 3,4,5, dan 6 kena pindah dekat main kampus, Shah Alam.

Bila dah masuk, daftar, orientasi yang memang gila penat tapi syukur tak ada la buli buli ni cuma kena jalan jauh je la berkumpulan siap dengan jerit tempik kakak kakak senior haishh memang penderaan emosi betol!

Masa semester satu, batch aku ni antara yang teramai pengambilannya, hampir 150++ dan mungkin lebih lagi. Ada lebih kurang 7 group, A,B,C,D,E,F,G memang banyak la. Aku antara yang terlambat daftar group sampai tercampak masuk group F. Tapi tinggal berapa je lepas ramai jugak quit lepas dapat tawaran poli tak pun tawaran penjawat kerajaan tak pun bila belajar rasa tak boleh bawak kos ni.

Masa semester 1 ni jugak heboh dan ramai jugak yang masih tak tahu masa part 3 kena pindah Shah Alam, disebabkan aku dah buat homework so aku tak la terkejut beruk sangat, ramai jugak yang mengeluh lebih lagi yang duduk area Utara.


Diploma Sains Geomatik ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;

Diploma Sains Geomatik (Pure)

Diploma Sains Geomatik (GIS)

Diploma Sains Geomatik (RS)

So yang kena pindah Shah Alam ni GIS dengan RS. Yang pure stay je dekat Arau sampai part 6. Alasan kena pindah sebab peralatan dan kemudahan makmal yang tak cukup. GIS dan RS terikat dengan kelas di makmal masa part 5 and part 6.

Lepas naik part 2, kepoh pulak batch aku ni batch terakhir yang guna silibus lama dan batch lepas aku means junior part 1 aku dah tukar silibus baru dan lebih senang dan lebih kurag jam kreadit. Cis! Dan kepoh jugak pasal batch aku ni maybe batch yang terakhir akan pindah ke Shah Alam means lepas ni kesemua Diploma Geomatik just stay sampai part 6 tak ada lagi perpindahan ke Shah Alam. Lepas tu kepoh jugak la batch aku ni tak jadi pindah la. Ramai jugak mengeluh termasuk aku la sebab nya aku dah bercita cita nak pergi Shah Alam sebab aku ada member sekolah rendah kat sana.

Bezanya tiga jenis diploma ni, Pure, GIS and RS ialah subjek yang akan dibelajar masa part 5 and part 6 iaitu tahun akhir diploma. Masa part 1,2,3,4 semua nya still subjek yang sama. Pure ni lebih kepada kerja kerja lapangan means kerja ukur di outdoor, diorang akan ada praktikal satu semester dekat company survey masa part 6. GIS ni pulak lebih kepada pengurusan sistem maklumat berkomputer maknanya dalam bentuk digital la contohnya making map digitally in true coordinate reference as true as muka bumi sebenar. Dan RS or Remote Sensing pulak lebih kepada Sumber Alam means melihat dan mentafsir muka bumi melalui imej yang di capture dari satelit.

Walaupun dah di pecah tiga tapi basic asas nya tetap sama, alat total station yang digunakan tetap sama, cara untk membuat pengukuran on the paper and on the ground juga tetap sama. Just guna software yang berlainan. Itu je beza nya. Cuma nya kalau budak pure dia more knowledge on site lebih lebih lagi hydro, kalau budak GIS knowledge dia tenteng GIS how to use ArcGIS software more and macam tu jugak budak RS diorang more to RS and software ENVI tak pun ERDAS.

Tapi bila sambung degree geomatik, degree ni bagi aku adalah rangkuman all the 3 differents diploma tadi; Pure, GIS and RS. Dan subjek subjek yang di belajar dekat degree adalah ada yang dah belajar masa diploma dulu and ada yang sambungan dan ada yang elaboration more deep further.

Tapi aku akui batch lepas lepas aku ni yang guna silibus baru memang lebih senang la. Jam kreadit sikit dan rombakan subjek yang diambil pada setiap semester. Silibus subjek yang makin di kurangkan terutama silibus subjek matematik dengan fizik. Kalau silibus aku boleh dikatakan setiap semester jam kreadit 20 keatas. Paling max 23 and paling minimum 16 itu pun masa part 6. Gila jeles dengan roomate aku course sains kompter jam kreadit belas belas je kadang tu tak ada kelas pagi banyak hari aku ni boleh dikatakan pagi petang malam ada kelas terkejar kejar la dengan mengukur outdoor nye lagi dengan KESAT nya lagi.

Aku dulu KESAT hari Jumaat petang pukul 3-5 lepas KESAT tu ada pulak kelas BEL memang gila la satu semester terkejar kejar balik kolej mandi solat nak pergi kelas BEL pukul 5.30-7.30. Jauh kot nak jalan. Tapi bila ingat ingat balik itu semua life, kenangan yang manis yang pernah aku tempuh dalam hidup aku ni dan aku suka nak buku kan dalam blog nih.

To be continue.

Tuesday, 2 August 2011

Salam Ramadhan #2

Alhamdulillah bulan Ramadhan kali ni aku dapat habis kan masa dengan family, bersahur berbuka dengan family setelah dah 5 tahun tak berpeluang ada masa yang panjang macam nih. Sejak dari masuk diploma duduk kolej sampai la zaman duduk rumah sewa. Bila duduk kolej pukul 2 pagi dah start turun makan, gila awal nak makan nasi pagi pagi, dengan lauk sejuk nya, hampeh tak de nye la aku turun kecuali kalau rajin and roomate ajak turun sebab aku stail malas nak makan before tidur konon nak simpan untuk bangun sahur sekali ta bangun bangun lastly makanan tu semua buang je. Membazir dah tu kadang tu malas nak simpan makanan. Bila niat nak bangun sahur tapi bila dah terbangun tengok semua roomate tak bangun tak semangat pulak nak sahur itu pun sekadar minum air je. Roomate ni berpengaruh dalam hidup aku, kalau diorang jenis tak bangun sahur aku pun tak terbangun jugak la jawabnya. Tapi paling bes masa zaman duduk rumah sewa, bes bes! Ada housemate yang rajin bangun masak untuk makan sahur memang bez, bangun makan waktu pagi berkumpul ramai ramai buat bulatan. Lepas dah makan duduk depan laptop online internet sementara nak tunggu subuh. Bila waktu berbuka pulak masing masing pakat share makanan yang di beli dekat bazar ramadhan. Sweet memories!


Tak aku nafikan menjelang bulan Ramadhan ni agak simpati dekat hamba hamba Allah yang macam mana aku nak cakap ye, aku tujukan simpati aku kepada yang sudah kehilangan atau baru sahaja kehilangan atau memang tak ada family, parents tak pun yang broken family yang hidup berdikari sendirian yang tidak memiliki keluarga yang sempurna, aku percaya bulan puasa ni agak terasa la kesedihannya lebih lagi bila tengok di restoran ada sekeluarga yang berbuka puasa bersama penuh gelak ketawa, pergi pasaraya tengok ada mak sedang menyuai padan baju ke badan anaknya, kawan kawan pakat balik berbuka puasa dengan family dia, of course semua tu mesti sedihkan. Kalau tahun lepas boleh bersahur berbuka bersama tapi tahun ni dan tahun yang seterusnya tidak akan lagi. Semua tu hanya tinggal kenangan, lelehan air mata sahaja yang tinggal menemani. Banyak bersabar ya, Allah lebih menyayangi mereka. Tak pun ini semua ujian tahap keimanan dan ketakwaan anda kepada Allah swt. Jika sedih mengadu lah kepada Allah. Kalau mengadu dekat aku, aku pun boleh cakap “Sabar je la ye..” sebab tak mampu aku nak tolong, yang aku mampu mendengar tapi kalau mengadu dekat Allah, InsyAllah Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang pasti menolong hambaNya yang kesusahan dan kesedihan.

Kadang tu kita tak boleh anggap “Aku dah doa tapi tak jadi apa pun”, tak bukan macam tu. Allah dengar tapi mungkin Dia mahu melihat kesungguhan kita memohon pertolongan dariNya, Allah mendengar rayuan aduan dari hambaNya tapi dia tidak membantu terus pada masa tu tapi dia membantu di masa akan datang. Dia Maha Melihat apa yang akan kita lalui pada masa hadapan kita, dia lah yang mengaturkan perjalanan di masa hadapan kita dan di perjalanan masa hadapan itu lah dia membantu kita meringankan beban kita kadang tu tanpa kita sedari sebenarnya doa kita telah dikabulkan. Ia di kabulkan dalam pelbagai bentuk cara antara kita sedar atau tidak.

So nasihat aku kuat kan hati kuat kan diri kuat kan semangat tingkat kan iman dan takwa kepada Allah lawan kesedihan percaya segala kesusahan kesedihan sekarang adalah ujian tahap keimanan kita kepada Allah dan percaya jika hari ini sedih jika hari ini pedih akan muncul di masa hadapan hari yang suka hari yang gembira hari yang penuh dengan bahagia. Hanya perlu tunggu dengan sabar dan yakin kepada Allah, doa kepada Allah, semoga Allah memakbulkan doa anda semua lebih lagi di bulan mulia ini bulan seribu rahmat itulah bulan Ramadhan.


Sekian.

Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan


Alhamdulillah segala puji pujian terhadap Allah swt, selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w di 1 haribulan Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah ini umat Islam di seluruh Malaysia berpeluang sekali lagi di panjang kan umur oleh Allah s.w.t menjadi tetamu Ramadhan iaitu tetamu Allah untuk menempuhi dan menjalani ibadah yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini dan umat Islam di serata pelusuk dunia yang mungkin baru sahaja hendak memulakan ibadah puasa di sebabkan kitaran hari dan jam yang berbeza di ucapkan,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Selamat Menunaikan Ibadah Wajib dan Memperbanyakkan Ibadah Sunat

Semoga Ibadah Ini Diterima Oleh Allah swt

Semoga Allah Merahmati Perjalanan Hidup Kita Semua

Kita tak tau bila akhirnya perjalanan kita di dunia ni, mungkin kah ini Ramadhan kita yang terakhir kan?

Ibadah puasa mendidik kita menahan segala lapar dan dahaga, menyelami kehidupan susah fakir miskin yang perlu mengikat perut kerana kesusahan hidup tapi bila time bukak puasa kalah orang kaya makan kalau dekat Malaysia ni la sehinggakan di akhiri dengan amalan syaitan iaitu  pembaziran. Nauzubillah sama sama kita hindari dari itu semua, makan apa yang ada, jangan ikutkan sangat nafsu, walaupun syaitan dah diikat tapi nafsu plak akan bermaharajalela so jauh jauh kan diri dengan pasar ramadhan, haha eh tapi betul la, kalau dah sekali pergi pasar ramadhan tu hari hari nak pergi sebab teringatkan "Eh kuih kat gerai hujung semalam  macam sedap la" tak pun "Hari ni nak pergi pasar ramadhan awal sikit lah sebabnya semalam ramai sangat orang beratur kat gerai tu".

Kan kan kan? Betul tak apa aku kata, so jauh jauh kan diri anda dengan pasar ramadhan kalau yang jenis bukan beli tapi memborong semua lastly tak habis makan pun terutama di hari pertama berpuasa ni. Elak kan makan sehingga kekenyangan kembong perut nak bangun pun tak larat. Masa masuk je waktu berbuka jangan terus serbu minum air sampai habis satu jug, dahulu kan dengan manisan dulu tak pun lebih afdhal dengan buah kurma. Lepas tu pi solat magrib dulu baru turun makan. Minum air last skali baru la boleh rasa semua makanan yang ada. Ni pi minum semua jenis air lepas tu kenyang air nak sumbat makanan pun dah tak larat rugi la kan. Haha.


Selamat Menanti Waktu Berbuka Puasa dan Selamat Menunaikan Solat Sunat Terawih ya.